Tuesday, November 1, 2011

La Liga

Athletic Bilbao
Pengurus Athletic Bilbao, Marcelo Bielsa masih menanti berita mengenai 7 orang pemain cedera sebelum memilih skuad untuk menentang Salzburg.

Atletico Madrid
Villarreal dilapor telah menawarkan EUR6 juta untuk Adrian, akan tetapi Atletico Madrid enggan melayan sebarang tawaran sebelum musim panas.

Barcelona
Lionel Messi jaringkan golnya yang keempat dalam Liga Juara-juara untuk Barcelona menang kali ketiga dalam kumpulan H setelah bertemu Plzen.

Espanyol
Penyerang Espanyol, Alvaro Vazquez mengaku gembira dicalonkan untuk anugerah 'Golden Boy', tetapi mengaku langsung tidak sangka akan terpilih.

Getafe
Diego Castro berkata Getafe tidak akan menawarkan sebarang alasan mengenai rekod buruk mereka, tetapi akan membuktikan diri di atas padang.

Granada
Pengurus Granada, Fabriciano Gonzalez gembira kerana akhirnya kerja keras pasukannya mendatangkan hasil, berikutan kemenangan ke atas Sevilla.

Levante
Pertahanan Levante, Juanfran percaya sudah tiba masanya orang ramai sedar bahawa terdapat dua kelab di Valencia dan kedua-duanya sama penting.

Malaga
Malaga akan menentang Cordoba pada 9 November nanti bagi membantu kewangan kelab itu yang akan menerima semua kutipan tiket perlawanan itu.

Osasuna
Osasuna berada di tempat ketujuh dalam carta Fairplay dengan 27 mata penalti setelah menerima 23 kad kuning dan dua kad merah setakat ini.

Racing Santander
Pemegang saham minoriti, Dimitri Piterman mungkin memegang kuasa paling besar di Racing bila lembaga kelab itu meletakkan jawatan hari ini.

Rayo Vallecano
Rayo Vallecano mengesahkan bahawa penyerang, Raul Tamudo tidak dapat bermain selama tiga ke empat minggu setelah mengalami kecederaan paha.

Real Betis
Pengurus Real Betis, Pepe Mel menegaskan bahawa lembaga kelab itu beri sokongan penuh kepadanya dan dia yakin mereka tidak akan turun divisi.

Real Madrid
Arsenal telah membuka rundingan dengan Real Madrid untuk mengambil Esteban Granero Januari ini, tetapi mereka perlu bersaing dengan Malaga.

Real Mallorca
Real Mallorca akan diisytiharkan muflis jika mereka gagal mencapai persetujuan dengan pemiutang sebelum 13 Disember tentang hutang EUR30 juta.

Real Sociedad
Pemain pertahanan, Liassine Cadamuro percaya Sociedad tidak sepatutnya berada di bawah carta dan mereka sepatutnya seri dengan Real Madrid.

Real Zaragoza
Zaragoza berada di tempat ke-12 dalam carta Fairplay dengan 31 mata penalti setelah menerima 29 kad kuning dan satu kad merah setakat ini.

Sevilla
Sevilla masih menanti berita mengenai masalah paha Fredy Kanoute, sementara itu Piotr Trochowski boleh kembali berlatih dalam masa 48 jam ini.

Sporting Gijon
Sporting berada di tempat keenam dalam carta Fairplay dengan 25 mata penalti setelah menerima 23 kad kuning dan satu kad merah setakat ini.

Valencia
Soldado jaringkan golnya yang kedua dalam Liga Juara-juara untuk Valencia menang kali pertama dalam kumpulan E setelah bertemu Leverkusen.

Villarreal
Villarreal dilapor telah menawarkan EUR6 juta untuk Adrian, akan tetapi Atletico Madrid enggan melayan sebarang tawaran sebelum musim panas.

No comments:

Post a Comment