Athletic Bilbao
Koikili Lertxundi menegaskan bahawa dia tidak menyesal kekal bersama Bilbao dan percaya dia bakal merampas kembali tempatnya di dalam skuad.
Atletico Madrid
Kapten Atletico Madrid, Antonio Lopez telah menjalani pembedahan kecil pada lututnya dan dia dijangka kembali beraksi dalam masa 3 minggu lagi.
Barcelona
Pengurus Barcelona, Pep Guardiola meremehkan kelebihan 3 mata Real Madrid, tetapi mengaku Los Blancos bermain dengan lebih bagus ketika ini.
Espanyol
Pemain pertahanan Espanyol, Juan Forlin enggan memperbesarkan kad merahnya kerana pengadil hanyalah manusia yang terdedah kepada kesilapan.
Getafe
Daniel Diaz gesa skuad Getafe supaya memastikan kemenangan kedua berturut-turut bagi melegakan situasi mereka berhampiran dengan zon bahaya.
Granada
Penyerang Granada, Ikechukwu Uche sanggup menerima segala kutukan dan berkata dia hanya boleh terus bekerja keras bagi membantu pasukannya.
Levante
Berita baik untuk pengurus Levante, Juan Ignacio kerana Nabil El Zhar dan Rafael Jorda telah pulih dan kembali menjalani latihan bersama skuad.
Malaga
Pemain Malaga, Diego Buonanotte menegaskan yang dia gembira berada di kelab itu dan berjanji akan bekerja keras mencari peluang untuk bermain.
Osasuna
Miguel Flano tidak terlalu bimbang mengenai kekalahan terbaru Osasuna dan menggariskan kejayaan mereka bangun selepas dibelasah Barcelona.
Racing Santander
Berita buruk untuk pengurus Racing, Hector Cuper kerana Jairo Samperio tidak dapat turun bermain selama sebulan kerana tulang fibulanya retak.
Rayo Vallecano
Pemain Rayo, Roberto Trashorras gembira dengan 15 mata yang dikutip dari 11 perlawanan dan mengaku kemenangan ke atas Sociedad adalah penting.
Real Betis
Pengurus Betis, Pepe Mel percaya prestasi mereka di dalam liga tidaklah teruk, terutamanya kerana memiliki 17 ke 18 pemain yang tidak dikenali.
Real Madrid
Pemain pertahanan Rennes, Kader Mangane percaya rakannya, Yann M'Vila akan berpindah ke kelab Real Madrid atau Arsenal pada musim panas nanti.
Real Mallorca
Sergio Tejera berkata rekod Mallorca di awal musim ini tidak bagus kerana mereka terpaksa menentang Barcelona, Valencia, Atletico dan Sevilla.
Real Sociedad
Penyerang, Joseba Llorente mengaku Sociedad bimbang mengenai kemerosotan pada ketika ini, tetapi mereka belum berfikir mengenai turun divisi.
Real Zaragoza
Paulo da Silva menegaskan bahawa pasukan Real Zaragoza yakin dengan apa yang mereka lakukan dan sedang bekerja keras memperbetulkan kesilapan.
Sevilla
Emiliano Armenteros mengaku Sevilla tidak boleh bermain empat perlawanan tanpa menang, tetapi yakin pasukannya boleh mengatasi masalah mereka.
Sporting Gijon
Penyerang Sporting Gijon, David Barral gembira menjaringkan 5 gol setakat ini dan percaya tuah mula berpihak kepadanya selepas beberapa musim.
Valencia
Aritz Aduriz berkata prestasi baik Valencia pada ketika ini tidak bermakna sekiranya mereka tidak boleh mengekalkannya sehingga ke akhir musim.
Villarreal
Pemain Villarreal, Joan Oriol mengaku keputusan seri dengan Espanyol telah meningkatkan keyakinan, menjelang perlawanan menentang Betis pula.
No comments:
Post a Comment