Monday, November 7, 2011

Serie A

AC Milan
Adriano Galliani membayangkan bahawa Milan akan meminjam khidmat penyerang baru pada bulan Januari nanti bagi mengambil tempat Antonio Cassano.

AS Roma
AS Roma bakal melengkapkan pembelian penyerang Nacional Montevideo, Nico Lopez yang hanya akan dibenarkan bermain pada bulan Januari nanti.

Atalanta
Direktor Atalanta, Pierpaolo Marino mengesahkan bahawa kelab itu akan membeli kontrak penyerang yang dipinjam daripada Udinese, German Denis.

Bologna
Presiden Palermo, Maurizio Zamparini mengaku teringin membeli pemain Bologna, Gaston Ramirez setelah melihat dia bermain hujung minggu lalu.

Cagliari
Presiden Cagliari, Massimo Cellino nafi pendapat yang mengatakan dia akan memecat, Massimo Ficcadenti kerana gagal menang dalam 5 perlawanan.

Catania
Direktor, Pietro Lo Monaco berkata kemenangan selesa ke atas Catania telah membuktikan bahawa AC Milan masih lagi pasukan terbaik di Itali.

Cesena
Maurizio Lauro mengaku kekalahan kepada Lecce telah meletakkan Cesena dalam situasi yang rumit, tetapi mereka tidak akan berhenti berjuang.

Chievo
Domenico Di Carlo percaya Chievo mampu bersaing dengan semua kelab jika dapat mengulangi rentak yang ditunjukkan ketika menewaskan Fiorentina.

Fiorentina
Fiorentina mengumumkan bahawa Delio Rossi adalah pengurus baru mereka, setelah Sinisa Mihajlovic dilucutkan daripada jawatannya di kelab itu.

Genoa
Penyerang Inter Milan, Diego Milito tidak menolak kemungkinan keluar daripada kelab itu, berikutan laporan yang mengaitkannya dengan Genoa.

Inter Milan
Penyerang Inter Milan, Diego Milito tidak menolak kemungkinan keluar daripada kelab itu, berikutan laporan yang mengaitkannya dengan Genoa.

Juventus
Juventus dilapor telah memulakan rundingan dengan Wigan mengenai perpindahan penyerang bernilai EUR8 juta, Hugo Rodallega pada bulan Januari.

Lazio
Stefano Mauri mengucapkan tahniah kepada pasukan Lazio kerana mendahului carta liga dan berharap dapat kembali beraksi pada bulan Februari.

Lecce
Pengurus Lecce, Di Francesco mengaku Murial kurang matang kerana membantah keputusan pengadil dan harap dia akan belajar daripada kesilapannya.

Napoli
Pengurus Napoli, Walter Mazzarri dilapor sedang pertimbangkan Nainggolan, Palombo dan Muntari sebagai calon untuk dibawa masuk Januari nanti.

Novara
Marco Rigoni berkata hari ini Novara akan membuat analisis mendalam dalam usaha memperbetulkan kesilapan yang dibuat ketika menentang Roma.

Palermo
Presiden Palermo, Maurizio Zamparini mengaku teringin membeli pemain Bologna, Gaston Ramirez setelah melihat dia bermain hujung minggu lalu.

Parma
Penyerang, Sebastian Giovinco telah menarik diri daripada skuad Itali kerana mengalami kecederaan ketika Parma tewas kepada Lazio Ahad lalu.

Siena
Giuseppe Sannino akui Siena 'kudung sebelah kaki' setelah melepaskan gol awal kepada Udinese, tetapi percaya mereka masih bermain dengan baik.

Udinese
Direktor Atalanta, Pierpaolo Marino mengesahkan bahawa kelab itu akan membeli kontrak penyerang yang dipinjam daripada Udinese, German Denis.

No comments:

Post a Comment