Friday, November 4, 2011

La Liga

Athletic Bilbao
Pengurus, Marcelo Bielsa memuji Bilbao kerana tidak putus asa ketika menentang Salzburg, tetapi mengaku mereka kurang cekap di depan gol lawan.

Atletico Madrid
Gregorio Manzano puas hati dengan kemenangan ke atas Udinese dan mendakwa bahawa ia adalah persembahan terbaik Atletico pada kebelakangan ini.

Barcelona
Barcelona dan Manchester City dilapor sedang perhatikan kemajuan pemain tengah muda, Adam Maher yang terikat dengan kelab Belanda, AZ Alkmaar.

Espanyol
Vladimir Weiss puas hati dengan hasil kerjanya di Espanyol, dan sedang mempelajari bahasa Sepanyol supaya boleh menyesuaikan diri dengan baik.

Getafe
Getafe tidak mahu tewas buat kali kedua berturut-turut bila mereka menentang Atletico yang mahu menang di tempat lawan buat kali yang pertama.

Granada
Granada mahu mengutip mata buat kali ketiga dari lima perlawanan bila menentang Racing yang masih mencari kemenangan pertama di tempat lawan.

Levante
Levante mahu menang buat kali keempat dari lima perlawanan bila mereka menentang Valencia yang melepaskan hanya dua gol ketika di tempat lawan.

Malaga
Malaga dan Juventus dilapor telah menyertai persaingan mendapatkan pemain Schalke, Jefferson Farfan yang akan tamat kontrak hujung musim ini.

Osasuna
Pemain tengah Osasuna, Ruben Gonzalez berkata pasukannya akan mengekalkan corak permainan mereka tanpa mengira betapa kuatnya Real Madrid.

Racing Santander
Racing masih mencari kemenangan pertama di tempat lawan bila menentang Granada yang mahu mengutip mata buat kali ketiga dari lima perlawanan.

Rayo Vallecano
Pemain pertahanan Rayo, Jose Manuel Casado berkata pasukannya masih yakin dengan peluang mereka untuk kembali menang bila bertemu Sociedad.

Real Betis
Real Betis tidak mahu tewas buat kali yang ketujuh berturut-turut bila menentang Malaga yang mahu menang di tempat lawan buat kali yang kedua.

Real Madrid
Real Madrid mendedahkan bahawa Alvaro Arbeloa dan Fabio Coentrao telah kembali menjalani latihan penuh menjelang perlawanan menentang Osasuna.

Real Mallorca
Real Mallorca tidak mahu tewas buat kali ketiga berturut-turut bila mereka bertemu Sevilla yang mahu menang di tempat lawan buat kali pertama.

Real Sociedad
Real Sociedad tidak mahu tewas buat kali ketiga berturut-turut bila mereka menentang Rayo yang mahu menang di tempat sendiri buat kali kedua.

Real Zaragoza
Zaragoza tidak mahu tewas di tempat sendiri buat kali ketiga bila menentang Sporting yang mahu mengutip mata buat kali keempat berturut-turut.

Sevilla
Pengurus Sevilla, Marcelino Garcia Toral menegaskan dia tidak mampu meramalkan kemungkinan Negredo dan Kanoute akan cedera pada masa yang sama.

Sporting Gijon
Sporting mahu mengutip mata buat kali keempat berturut-turut bila menentang Zaragoza yang tidak mahu tewas di tempat sendiri buat kali ketiga.

Valencia
Alberto Costa menegaskan bahawa hubungannya dengan pengurus, Unai Emery masih serupa seperti musim lalu, walaupun bertengkar baru-baru ini.

Villarreal
Villarreal mahu mengutip mata buat kail kedua berturut-turut bila menentang Espanyol yang mahu menang di tempat sendiri buat kali keempat.

No comments:

Post a Comment