Tuesday, November 22, 2011

EPL 23/11/2011

Arsenal
Arsene Wenger boleh menggunakan khidmat Abou Diaby buat kali yang pertama untuk musim ini, bila Arsenal turun menentang Borussia Dortmund.

Aston Villa
Chris Herd mahu Aston Villa bangun semula daripada persembahan buruk mereka ketika menentang Tottenham dengan menewaskan Swansea Ahad ini.

Blackburn
Blackburn akan bersaing dengan Auxerre untuk mengambil pemain tengah Rangers, Maurice Edu yang terikat di kelab itu sehingga musim panas 2013.

Bolton
Pengurus Bolton, Owen Coyle menggesa pemainnya yang berpengalaman supaya meningkatkan permainan dan buktikan mereka layak kekal di kelab itu.

Chelsea
Pemain remaja Barcelona, Sergi Roberto dilapor telah menjadi pemain sasaran utama Chelsea di dalam pasaran musim pada bulan Januari nanti.

Everton
Pemain tengah Everton, Tim Cahill mengaku skuadnya sanggup menang menggunakan taktik bosan untuk memastikan mereka boleh menaiki carta liga.

Fulham
Chris Baird tidak kisah bertukar posisi di dalam skuad Fulham - tetapi mengaku dia yang tidak mahu berdepan dengan raja pecut, Theo Walcott.

Liverpool
Agen Alberto Gilardino menegaskan bahawa penyerang itu hanya fokus pada tugasnya di Fiorentina, walaupun dikaitkan dengan kelab Liverpool.

Manchester City
Edinson Cavani jaringkan golnya yang keempat dalam Liga Juara-juara untuk Man City tewas kali kedua dalam kumpulan A setelah bertemu Napoli.

Manchester United
Darren Fletcher jaringkan golnya yang pertama dalam Liga Juara-juara untuk Man Utd seri kali ketiga dalam kumpulan C setelah bertemu Benfica.

Newcastle United
Penjaga gol Newcastle, Steve Harper mengaku dia sanggup dipinjamkan kepada kelab lain sekali lagi, walaupun baharu sahaja pulang ke Tyneside.

Norwich City
Pemain pertahanan Norwich, Marc Tierney menegaskan bahawa kecergasan minda dan fizikal adalah sangat penting untuk bermain dalam Liga Premier.

Queens Park Rangers
Pengurus Queens Park Rangers, Neil Warnock mendedahkan bahawa mereka mahu mencari pemain dari Asia bagi memajukan kelab itu dari segi jenama.

Stoke City
Rory Delap mengaku dia sendiri pun akan mengutuk pemain Stoke sekiranya dia adalah salah seorang penyokong di Britannia beberapa minggu ini.

Sunderland
Pengurus Sunderland, Steve Bruce mengaku tidak mudah untuk menyingkirkan penjaga gol, Keiren Westwood yang cemerlang pada musim pertamanya.

Swansea City
Pemain tengah, Joe Allen menegaskan bahawa Swansea boleh mengubah Stadium Liberty menjadi salah satu padang paling digeruni di Liga Premier.

Tottenham
Jurulatih Tottenham, Joe Jordan menegaskan bahawa empat tempat teratas Liga Premier adalah sasaran yang realistik untuk kelab itu musim ini.

West Brom
Roy Hodgson mengaku Peter Odemwingie menghadapi halangan paling sukar dalam kerjayanya untuk kembali ke dalam ke dalam skuad utama West Brom.

Wigan Athletic
Pemain lagenda Wigan, Arjan de Zeeuw memberi amaran kepada kelab itu supaya mengubah situasi mereka atau tersingkir sebelum Tahun Baru tiba.

Wolverhampton
Mick McCarthy berjanji kepada semua pemain Wolves bahawa mereka akan mendapat peluang bermain sepanjang jadual padat musim perayaan nanti.

No comments:

Post a Comment