Tuesday, November 29, 2011

EPL

Arsenal
Manchester City mara ke separuh akhir setelah menyingkirkan Arsenal bila Sergio Aguero menjaringkan golnya yang pertama dalam Piala Carling.

Aston Villa
Pengurus Aston Villa, Alex McLeish menegaskan kepada pemainnya supaya mengawal keagresifan jika mahu mengelakkan tekanan dalam perlawanan.

Blackburn
Blackburn tersingkir di peringkat suku akhir setelah penyerang Cardiff, Kenny Miller menjaringkan golnya yang pertama di dalam Piala Carling.

Bolton
Pengurus Bolton, Owen Coyle meyakinkan Joe Riley bahawa dia akan mendapat satu lagi peluang untuk menyinar bila dia pulih dua minggu lagi.

Chelsea
Liverpool mara ke peringkat separuh akhir setelah Maxi Rodriguez jaringkan golnya yang kedua dalam Piala Carling untuk menyingkirkan Chelsea.

Everton
Pengurus Everton, David Moyes beri amaran kepada Diniyar Bilyaletdinov bahawa dia hanya ada satu lagi peluang untuk terus kekal di kelab itu.

Fulham
Fulham dilapor akan bersaing dengan Blackburn untuk mendapatkan khidmat pemain sayap Bristol, Albert Adomah dalam pasaran bulan Januari nanti.

Liverpool
Liverpool mara ke peringkat separuh akhir setelah Maxi Rodriguez jaringkan golnya yang kedua dalam Piala Carling untuk menyingkirkan Chelsea.

Manchester City
Manchester City mara ke separuh akhir setelah menyingkirkan Arsenal bila Sergio Aguero menjaringkan golnya yang pertama dalam Piala Carling.

Manchester United
Manchester United dilapor sedang mempertimbangkan kemungkinan mengambil pemain Real Madrid, Sami Khedira yang juga menjadi sasaran Chelsea.

Newcastle United
Pengurus Newcastle, Alan Pardew ramal Tim Krul akan menjadi pemain utama Liga Premier sekiranya dia meneruskan tahap kemajuannya ketika ini.

Norwich City
Kyle Naughton menegaskan bahawa The Canaries tidak gentar dengan Man City, berikutan aksi cemerlang mereka di Man Utd, Chelsea dan Liverpool.

Queens Park Rangers
Berita baik untuk QPR kerana pemain, Shaun Wright-Phillips tidak patah kaki pada hari Sabtu lalu dan mungkin boleh turun menentang West Brom.

Stoke City
Pengurus Stoke, Tony Pulis mengesahkan yang dia akan merayu keputusan mendendanya sebanyak GBP10,000 yang dianggapnya sebagai terlalu keras.

Sunderland
Steve Bruce berharap dapat menurunkan skuad terkuat Sunderland sepanjang musim perayaan bagi membantu menamatkan kemerosotan prestasi mereka.

Swansea City
Pengurus Swansea, Rodgers berharap dapat membawa Danny Graham dalam kunjungan ke Blackburn, tetapi Angel Rangel mungkin tidak dapat pergi.

Tottenham
Tottenham dilapor akan menawarkan GBP10 juta kepada kapten Ajax, Jan Vertonghen bila pasaran pemain dibuka semula pada bulan Januari nanti.

West Brom
Kapten West Brom, Chris Brunt kecewa dengan keputusan perlawanan menentang Tottenham kerana percaya mereka sepatutnya membawa pulang 3 mata.

Wigan Athletic
Frnaco Di Santo berkata kemenangan ke atas Sunderland telah menaikkan keyakinan Wigan dan gesa pasukannya mengekalkan prestasi mereka itu.

Wolverhampton
Wolves akan turun tanpa pemain utama, Karl Henry dalam perlawanan penting menentang Sunderland setelah dia menerima kad kuning yang kelima.

No comments:

Post a Comment