AC Milan
AC Milan mengesahkan yang mereka tidak dapat menurunkan penjaga gol utama, Christian Abbiati selama dua minggu kerana kecederaan bahu kanan.
AS Roma
Presiden, Mauricio Zamparini menafikan spekulasi yang mengatakan Palermo mahukan pemain Roma, Marco Borriello kerana gajinya terlalu mahal.
Atalanta
Direktor Atalanta, Marino menafikan laporan yang mengaitkan Man Utd dengan Manolo Gabbiadini kerana Sir Alex Ferguson belum menghubunginya.
Bologna
Cagliari mahukan pemain baru di dalam pasaran bulan Januari nanti dan dilapor sedang mempertimbangkan penyerang Bologna, Robert Acquafresca.
Cagliari
Cagliari mahukan pemain baru di dalam pasaran bulan Januari nanti dan dilapor sedang mempertimbangkan penyerang Bologna, Robert Acquafresca.
Catania
Agen Alejandro Gomez percaya Catania hanya akan pertimbangkan penjualannya pada musim panas dan umumkan bahawa ada kelab Turki mahukannya.
Cesena
Cesena mara ke peringkat 16 terakhir Coppa Italia setelah Bogdani, Benalouane dan Candreva jaringkan gol untuk menyingkirkan kelab Gubbio.
Chievo
Pengurus Chievo, Domenico Di Carlo tidak bimbang mengenai kekalahan kepada Milan dan menggariskan jurang yang wujud antara kedua-dua kelab.
Fiorentina
Fiorentina telah mendenda Alessio Cerci dan Andrea Lazzari kerana melanggar peraturan kelab, tetapi mereka tidak digugurkan daripada skuad.
Genoa
Genoa mengesahkan bahawa pemain pertahanan, Cesare Bovo tidak akan sempat pulih untuk menyertai skuadnya untuk perlawanan menentang AC Milan.
Inter Milan
Penjaga gol veteran Inter, Julio Cesar menegaskan yang dia tiada rancangan untuk keluar dari kelab itu sebelum kontraknya tamat pada 2014.
Juventus
Novara dilaporkan berminat dengan penyerang Juventus, Vincenzo Iaquinta dan mungkin cuba meminjam khidmatnya sehingga penghujung musim ini.
Lazio
Lazio dilapor berminat dengan 3 orang pemain Bundesliga, Mats Hummels dari Dortmund, serta Zdravko Kuzmanovic dan Lucas Podolski dari Cologne.
Lecce
Pemain tengah Lecce, Cristian Obodo mengaku pasukannya kecewa mengenai situati mereka, tetapi yakin mereka masih boleh elakkan penyingkiran.
Napoli
Pengurus, Walter Mazzari mengaku berasa kecewa setelah seri dengan Juventus kerana dia sangkakan yang mereka sudah menang ketika kiraan 3-1.
Novara
Novara dilaporkan berminat dengan penyerang Juventus, Vincenzo Iaquinta dan mungkin cuba meminjam khidmatnya sehingga penghujung musim ini.
Palermo
Presiden, Mauricio Zamparini menafikan spekulasi yang mengatakan Palermo mahukan pemain Roma, Marco Borriello kerana gajinya terlalu mahal.
Parma
Parma dilapor berminat untuk meminjam khidmat atau membeli separuh kontrak Jonathan daripada Inter Milan dalam pasaran bulan Januari nanti.
Siena
Pertahanan Siena, Claudio Terzi mengaku pasukannya masih tidak puas hati tewas kepada Inter, kerana mereka hanya melakukan satu kesilapan.
Udinese
Udinese gagal jaringkan gol buat kali kedua dalam Liga Europa untuk seri buat kali yang kedua dalam kumpulan I setelah menentang Stade Rennes.
No comments:
Post a Comment