Sunday, November 27, 2011

EPL 28/11/2011

Arsenal
Pengurus Arsenal, Arsene Wenger dilapor berminat mendapatkan khidmat pemain sayap pasukan Udinese, Gabriel Torje pada bulan Januari nanti.

Aston Villa
Alex McLeish memuji persembahan Shay Given, James Collins dan Jermaine Jenas ketika seri dengan Swansea, berikutan berita kematian Gary Speed.

Blackburn
Pengurus Blackburn, Steve Kean mengaku adalah jelas pasukannya perlu memperbaiki aspek pertahanan yang banyak merugikan mereka ketika ini.

Bolton
Kapten Bolton Wanderers, Kevin Davies mengaku sukar menerima hakikat kematian Gary Speed dan menggambarkan berita itu seperti mimpi buruk.

Chelsea
Agen Mehmet Topal mendedahkan bahawa Chelsea akan bersaing dengan Man City untuk mendapatkan pemain tengah Valencia itu pada hujung musim ini.

Everton
Penyerang Everton, Apostolos Vellios berkata latihan yang dijalankan bersama bekas bintang, Duncan Ferguson banyak membantu perkembangannya.

Fulham
Pengurus Fulham, Martin Jol dilapor telah menjadikan penyerang Wigan, Hugo Rodallega sebagai sasaran utamanya di dalam pasaran bulan Januari.

Liverpool
Pengurus Liverpool, Kenny Dalglish percaya pasukannya telah menunjukkan usaha dan komitment yang terbaik dalam keputusan seri dengan Man City.

Manchester City
Pengurus, Roberto Mancini mengaku adalah penting bagi Man City mengekalkan rekod tanpa kalah mereka, berikutan keputusan seri di Liverpool.

Manchester United
Patrice Evra mengaku pasukan Manchester United tidak boleh jadikan keputusan penalti sebagai alasan tunggal mereka gagal tewaskan Newcastle.

Newcastle United
Pengurus Newcastle, Alan Pardew mengaku bimbang menghadapi pasaran bulan Januari dan dia lebih suka sistem lama tanpa had waktu berurusniaga.

Norwich City
Russell Martin percaya adalah amat penting bagi Norwich menewaskan QPR selepas tewas 4 kali berturutan dan menjelang kunjungan ke Man City.

Queens Park Rangers
Queens Park Rangers memberitahu Paris St Germain untuk menyediakan GBP8 juta sekiranya mereka mahu mendapatkan pemain tengah, Adel Taarabt.

Stoke City
Pengurus Stoke, Tony Pulis berharap Wilson Palacios yang terlepas kemenangan ke atas Blackburn, boleh menyertai skuad Liga Europa minggu ini.

Sunderland
Pemain pertahanan, John O'Shea sedar Sunderland perlu mula menang di tempat sendiri, sekiranya mereka mahu Steve Bruce kekal sebagai pengurus.

Swansea City
Pengurus, Brendan Rodgers percaya Swansea telah menunjukkan persembahan yang positif ketika seri dengan Villa, berikutan kematian Gary Speed.

Tottenham
Pengurus Tottenham, Harry Redknapp mengaku tidak akan mencari pemain baru di dalam pasaran bulan Januari kerana pasukannya sudah cukup kuat.

West Brom
Pengurus West Brom, Roy Hodgson berharap Zoltan Gera tidak mengalami kecederaan serius kerana dia baharu sahaja kembali beraksi 3 minggu lalu.

Wigan Athletic
Pengurus Fulham, Martin Jol dilapor telah menjadikan penyerang Wigan, Hugo Rodallega sebagai sasaran utamanya di dalam pasaran bulan Januari.

Wolverhampton
Pengurus Wolves, Mick McCarthy mengaku suasana negatif menyelubungi bilik persalinannya sebelum dan selepas mereka tewas menentang Chelsea.

No comments:

Post a Comment