Athletic Bilbao
Kapten Athletic Bilbao, Carlos Gurpegui berjaya menjalani pembedahan pada ligamen lututnya dan dijangka tidak dapat beraksi selama 8 bulan.
Atletico Madrid
Diego Ribas mahu Atletico melupakan rekod 12 tahun gagal menang di Bernabeu dan hanya fokus untuk bermain seperti ketika di tempat sendiri.
Barcelona
Jonathan Dos Santos telah memperbaharui kontraknya dengan Barcelona sehingga Jun 2015 dan yuran perpindahannya ditetapkan pada EUR30 juta.
Espanyol
Pemain pertahanan Espanyol, Juan Forlin gembira memulakan rundingan kontrak baru di situ dan dengan peningkatan prestasi pertahanan skuadnya.
Getafe
Penyerang Getafe, Daniel Guiza berlatih secara individu sebagai langkah berwaspada, tetapi dia dijangka boleh turun menentang Barcelona nanti.
Granada
Mikel Rico tidak sabar untuk bermain di San Mames buat kali yang pertama, tetapi sedar Granada akan menghadapi pasukan Bilbao yang terkuat.
Levante
Javier Farinos menegaskan bahawa skuad Levante perlu bekerja keras dan mengelakkan gawang daripada dibolosi jika mahu menamatkan kemerosotan.
Malaga
Pemain tengah, Santi Cazorla menggariskan yang skuad Malaga perlu menang lebih banyak perlawanan di tempat lawan jika mahu bermain di Eropah.
Osasuna
Pemain tengah Osasuna, Raul Garcia mengaku kesilapan atau tumpuan yang terganggu telah menghalang pasukannya daripada menang di tempat lawan.
Racing Santander
Berita baik untuk pengurus Racing kerana Lautaro Acosta telah kembali menjalani latihan dan mungkin boleh beraksi lebih awal dari jangkaan.
Rayo Vallecano
Penyerang, Raul Tamudo beri amaran kepada skuad Rayo supaya lebih berwaspada dengan Valencia yang kini menjaringkan gol dengan setiap cubaan.
Real Betis
Pengurus Real Betis, Pepe Mel mungkin tidak dapat menurunkan Roque Santa Cruz yang tidak menjalani latihan kerana mengalami sakit belakang.
Real Madrid
Pemain pertahanan Real Madrid, Marcelo kembali menjalani latihan setelah 3 minggu tidak beraksi dan dijangka boleh turun menentang Atletico.
Real Mallorca
Pemain tengah, Jose Luis Marti beri amaran kepada Mallorca bahawa mereka perlu menang secepat mungkin, menjelang perlawanan menentang Racing.
Real Sociedad
Inigo Martinez akui tidak pernah melalui musim seperti ini, menjelang perlawanan yang mungkin menentukan nasib pengurus Sociedad, Montanier.
Real Zaragoza
Pengurus, Javier Aguirre yakin dengan kekuatan serangan Zaragoza, akan tetapi pasukannya perlu mengurangkan jumlah gol bolos jika mahu menang.
Sevilla
Pemain pertahanan Sevilla, Martin Caceres tidak dapat menentang Zaragoza kerana otot pahanya yang terkoyak perlukan masa 10 hari untuk pulih.
Sporting Gijon
Penyerang Sporting Gijon, David Barral tidak sabar untuk bertemu Levante kerana dia tidak pernah menjaringkan gol ketika menentang kelab itu.
Valencia
Pengurus Valencia, Emery akui kemenangan 7-0 ke atas Genk beri suntikan keyakinan yang besar menjelang perlawanan penentu menentang Chelsea.
Villarreal
Villarreal dilapor telah menyertai Milan dan PSG dalam persaingan untuk mendapatkan pemain Sporting CP, Joao Pereira yang bernilai EUR7 juta.
No comments:
Post a Comment