AC Milan
Presiden Genoa, Enrico Preziosi mendakwa yang mereka telah menolak tawaran Milan untuk menukarkan Stephan El Shaarawy dengan Alexander Merkel.
AS Roma
Agen Diego Godin membuka pintu kepada perpindahan ke Roma, setelah mengakui bahawa pemain Atletico itu berminat dengan projek Giallorossi.
Atalanta
Direktor sukan Atalanta, Zamagna mengesahkan minat Juventus terhadap Manolo Gabbiadini, tetapi pemain itu tidak akan dijual pada Januari ini.
Bologna
Agen Gaston Ramirez percaya penyerang Bologna itu tidak akan menyertai Juventus kerana dia tidak sesuai dengan sistem taktikal Antonio Conte.
Cagliari
Presiden, Massimo Cellino meminta maaf kerana melarang Cagliari bercakap dengan media hujung minggu lalu kerana mahu mengelakkan salahfaham.
Catania
Novara mara ke peringkat 16 terakhir Coppa Italia setelah Pablo Granoche dan Riccardo Meggiorini menjaringkan gol yang menyingkirkan Catania.
Cesena
Penyerang Cesena, Adrian Mutu yang dua kali digantung kerana dadah, mengaku kesilapan silam telah menghalang dia daripada memenangi Bola Emas.
Chievo
Stefano Sorrentino masih berharap dapat menyertai kelab besar sebelum dia bersara, tetapi pihak yang berminat perlu berbincang dengan Chievo.
Fiorentina
Pemain pertahanan, Manuel Pasqual gembira akhirnya berjaya melanjutkan kontraknya di Fiorentina untuk terus kekal di situ sehingga Jun 2014.
Genoa
Presiden Genoa, Enrico Preziosi mendakwa yang mereka telah menolak tawaran Milan untuk menukarkan Stephan El Shaarawy dengan Alexander Merkel.
Inter Milan
Direktor sukan Inter Milan, Marco Branca dilapor bersedia bersaing dengan Juventus, Chelsea dan Tottenham untuk pemain Palermo, Josip Ilicic.
Juventus
Simone Pepe jaringkan golnya yang keempat dalam Serie A untuk Juventus seri di tempat lawan buat kali yang ketiga setelah menentang Napoli.
Lazio
Laporan mengatakan Lazio berminat mendapatkan khidmat pemain pertahanan Goais, Rafael Toloi yang ketika ini dianggarkan bernilai EUR10 juta.
Lecce
Davide Brivio beri amaran kepada skuad Lecce bahawa mereka perlu bekerja lebih keras kerana apa yang dilakukan setakat ini belum mencukupi.
Napoli
Goran Pandev jaringkan golnya yang kedua dalam Serie A untuk Napoli seri di tempat sendiri buat kali yang ketiga setelah menentang Juventus.
Novara
Novara mara ke peringkat 16 terakhir Coppa Italia setelah Pablo Granoche dan Riccardo Meggiorini menjaringkan gol yang menyingkirkan Catania.
Palermo
Direktor sukan Inter Milan, Marco Branca dilapor bersedia bersaing dengan Juventus, Chelsea dan Tottenham untuk pemain Palermo, Josip Ilicic.
Parma
Verona berjaya mara ke peringkat 16 terakhir Coppa Italia setelah Nicola Ferrari dan Taleb menjaringkan gol yang menyingkirkan pasukan Parma.
Siena
Siena didenda EUR8,000 kerana sikap penyokong, sementara Franco Brienza telah digantung satu perlawanan kerana kad kuning yang dikumpulkannya.
Udinese
Pengurus Udinese, Francesco Guidolin masih percaya yang Milan dan Juventus adalah skuad yang paling bersedia untuk merebut Scudetto musim ini.
No comments:
Post a Comment