Arsenal
Arsene Wenger mengaku bahawa keputusan perlawanan menentang Fulham akan membantu dia memilih pemain mana yang akan menghadapi Manchester City.
Aston Villa
CEO Aston Villa, Paul Faulkner menafikan pendapat yang mengatakan kelab itu mungkin akan menjual penyerang, Darren Bent pada bulan Januari.
Blackburn
Blackburn Rovers dilapor telah menyertai Fulham dalam persaingan mendapatkan khidmat penyerang Ajax, Mounir El Hamdaoui pada bulan Januari.
Bolton
Pengurus Bolton, Owen Coyle berkata kelab itu telah membuat kemajuan besar sepanjang dua tahun ini, walaupun kini berada di dasar carta liga.
Chelsea
Andre Villas-Boas menegaskan bahawa dia tidak gentar diperhatikan dan berkata Roman Abramovic dan para pemain masih beri sokongan kepadanya.
Everton
David Moyes yakin Tim Cahill akan menamatkan kemarau golnya tidak lama lagi dan mengembalikan reputasinya sebagai pemain tengah utama liga.
Fulham
Pengurus Fulham, Martin Jol mengesahkan bahawa Damien Duff serta Steve Sidwell tidak dapat berkunjung ke Arsenal kerana masih lagi cedera.
Liverpool
Pengurus Liverpool, Kenny Dalglish meyakinkan Jamie Carragher bahawa dia masih penting untuk kelab itu, walaupun dia digugurkan minggu lalu.
Manchester City
Agen Carlos Tevez mengesahkan pertemuannya dengan Milan, tetapi perjanjian belum dicapai kerana Juventus juga mahukan penyerang Man City itu.
Manchester United
Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson mengesahkan bahawa Anderson tidak dapat beraksi sehingga bulan Februari kerana kecederaan lutut.
Newcastle United
Pengurus Newcastle, Alan Pardew mahu Fabricio Coloccini menandatangani kontrak baru di kelab itu kerana dia yang paling sesuai menjadi kapten.
Norwich City
Russell Martins sedar Norwich perlu mengukuhkan lagi pertahanan mereka, tetapi percaya Paul Lambert masih akan gunakan pendekatan menyerang.
Queens Park Rangers
Neil Warnock menerima hakikat yang QPR tidak akan berasa selamat sepanjang musim ini kerana skuadnya pasti akan melalui banyak pasang-surut.
Stoke City
Pengurus, Tony Pulis gesa semua warga Stoke City supaya bertenang dan yakin hari belum kiamat walaupun jika mereka tewas kepada Blackburn.
Sunderland
Steve Bruce arahkan penyerang, Nicklas Bendtner supaya lebih mementingkan diri bagi membantu Sunderland menjauhkan diri daripada zon bahaya.
Swansea City
Pengurus, Brendan Rodgers berpendapat bahawa Swansea perlu mencari 4 ke 6 orang pemain baru bagi membantu skuadnya di dalam baki musim ini.
Tottenham
Pengurus Tottenham, Harry Redknapp tidak akan menjual penyerang, Jermain Defoe pada bulan Januari walaupun jarang menggunakannya musim ini.
West Brom
Pengurus West Brom, Roy Hodgson menegaskan bahawa Odemwingie tidak menipu mengenai kecederaannya, berikutan kepulangannya ke dalam pasukan.
Wigan Athletic
Agen Marco Padalino mengesahkan bahawa Wigan Athletic pernah cuba mendapatkan khidmat pemain Sampdoria itu dalam pasaran musim panas lalu.
Wolverhampton
Pengurus Wolves, Mick McCarthy cabar Matt Jarvis supaya merampas kembali tempatnya di dalam skuad utama jika dia diturunkan menentang Chelsea.
No comments:
Post a Comment