Athletic Bilbao
Manchester City serta United dilapor sedang memerhatikan pemain tengah Athletic Bilbao, Javi Martinez yang dianggarkan bernilai GBP34 juta.
Atletico Madrid
Pengurus Mallorca, Joaquin Caparros anggap bintang Atletico, Jose Antoni Reyes sebagai pemain paling berbakat yang pernah dilatih olehnya.
Barcelona
Barcelona mempunyai hak untuk membeli semula Oriol Romeu dengan harga GBP12 juta, tetapi pemain Chelsea itu enggan pulang ke sana Januari ini.
Espanyol
Arthur Irawan bakal menjadi pemain warga Indonesia yang pertama beraksi di La Liga setelah menyertai Espanyol yang mahu memajukan bakatnya.
Getafe
Nicolas Fedor adalah penjaring terbanyak Getafe dengan 4 gol setelah membuat 16 cubaan dalam 11 kemunculannya untuk kelab itu pada musim ini.
Granada
Hanya Roberto, Nyom, Siqueira serta Mainz yang telah memulakan kesemua 11 perlawanan di dalam Liga Primera untuk kelab itu pada musim ini.
Levante
Juanlu adalah penjaring terbanyak Levante dengan 5 gol setelah dia membuat 24 cubaan dalam 11 kemunculannya untuk pasukan itu pada musim ini.
Malaga
Lazio dilapor mahu mendapatkan penyerang Malaga, Julio Baptista dan kelab Sepanyol itu mungkin sanggup melepaskannya dengan harga EUR7 juta.
Osasuna
Raul Garcia adalah penjaring terbanyak Osasuna dengan 4 gol setelah membuat 21 cubaan dalam 10 kemunculannya untuk kelab itu pada musim ini.
Racing Santander
Adrian Gonzalez adalah penjaring terbanyak Racing dengan 2 gol setelah membuat 17 cubaan dalam 10 kemunculan untuk kelab itu pada musim ini.
Rayo Vallecano
Pengurus Rayo, Jose Ramon Sandoval mengaku dia bertuah memiliki pasukan yang sanggup menyaingi setiap usaha yang dicurahkannya di kelab itu.
Real Betis
Hanya pemain pertahanan Nacho Perez dan tengah, Iriney Santos yang telah memulakan kesemua 11 perlawanan La Liga untuk Betis pada musim ini.
Real Madrid
Pengurus Real Madrid, Jose Mourinho mengalukan peningkatan pesat Karim Benzema yang didakwanya kini lebih kuat dari segi fizikal serta mental.
Real Mallorca
Pengurus Mallorca, Joaquin Caparros anggap bintang Atletico, Jose Antoni Reyes sebagai pemain paling berbakat yang pernah dilatih olehnya.
Real Sociedad
Hanya penjaga gol, Claudio Bravo dan pertahanan, Inigo Martinez telah memulakan kesemua 11 perlawanan La Liga untuk Sociedad pada musim ini.
Real Zaragoza
Pemain pertahanan Real Zaragoza, Ivan Obradovi mahu mencari peluang bermain di kelab lain pada bulan Januari dan berminat untuk ke Bundesliga.
Sevilla
Malaga akan bertemu dengan Sevilla untuk berbincang tentang perpindahan Andres Palop tetapi penjaga gol itu tidak kisah jika ia tidak berlaku.
Sporting Gijon
Pengurus Sporting, Manolo Preciado pertahankan direktor sukan, Emilio de Dios yang dianggapnya sebagai ahli paling penting dalam pasukannya.
Valencia
Presiden, Manuel Llorente percaya Paco Alcacer yang telah melanjutkan kontraknya sehingga 2016, bakal menjadi pemain penting untuk Valencia.
Villarreal
Pemain Villarreal, Angel Lopez mengaku pasukannya perlu mencari semula keyakinan diri, tetapi menegaskan bahawa mereka belum lagi tersingkir.
No comments:
Post a Comment