Thursday, December 1, 2011

Serie A

AC Milan
Pengurus AC Milan, Massimiliano Allegri yakin pasukannya boleh menamatkan impian Scudetto Juventus, setelah merapakan jurang kepada 2 mata.

AS Roma
Penyerang AS Roma, Pablo Osvaldo mengaku menyesal menumbuk Erik Lamela Jumaat lalu dan telah meminta maaf kepada bekas pemain River Plate itu.

Atalanta
Penyerang Atalanta, Ezequiel Schelotto berpendapat yang dia bagus untuk skuad Itali kerana sistem pengurus, Cesare Prandelli sesuai dengannya.

Bologna
Pemain Bologna, Federico Casarini menegaskan bahawa pasukannya tidak gentar bermain, tetapi mengaku mereka tidak lagi boleh membuat kesilapan.

Cagliari
Juventus dilapor telah menunjukkan minat untuk mendapatkan khidmat pemain tengah Cagliari, Radja Nainggolan menjelang pasaran bulan Januari.

Catania
Pemain Catania, Adrian Ricchiuti mendakwa bahawa dia hanya akan berfikir mengenai pilihan yang ada bila kelab itu tidak lagi memerlukannya.

Cesena
Parma dan Genoa dilapor berminat untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan, Steve Von Bergen, berikutan prestasi cemerlangnya untuk Cesena.

Chievo
Chievo Verona mengeratkan lagi genggaman terhadap penjaga gol, Stefano Sorrentino setelah melanjutkan kontraknya sehingga kempen 2013-2014.

Fiorentina
Alberto Gilardino menegaskan bahawa dia tidak berfikir mengenai kontrak baru dan hanya fokus pada usaha membantu Fiorentina menang semula.

Genoa
Alexander Merkel gembira dengan laporan yang mengatakan AC Milan mahu mengambilnya semula, tetapi menegaskan yang dia gembira berada di Genoa.

Inter Milan
Berita baik untuk pengurus Inter Milan, Claudio Ranieri kerana Diego Forlan sudah hampir pulih selepas tercedera sejak pertengahan Oktober.

Juventus
Juventus dilapor telah menunjukkan minat untuk mendapatkan khidmat pemain tengah Cagliari, Radja Nainggolan menjelang pasaran bulan Januari.

Lazio
Lazio gagal jaringkan gol buat kali pertama dalam Liga Europa untuk seri buat kali ketiga dalam kumpulan D setelah turun menentang FC Vaslui.

Lecce
Presiden Lecce, Semeraro telah beri amaran kepada pengurus, Di Francesco bahawa kerjanya mungkin bergantung kepada perlawanan bertemu Napoli.

Napoli
Walter Mazzarri akan memilih pemain yang segar bila Napoli bertemu Lecce setelah kenalpasti keletihan menjadi punca mereka tewas kepada Juve.

Novara
Agen Vincenzo Iaquinta menafikan spekulasi yang mengatakan pemain Juve itu akan ke Novara dan yakin dia akan mencapai tahap terbaiknya semula.

Palermo
Presiden Palermo, Maurizio Zamparini tidak menyesal melantik Devis Mangia yang bersemangat dan bertuah, walaupun rekod di tempat lawan teruk.

Parma
Parma dan Genoa dilapor berminat untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan, Steve Von Bergen, berikutan prestasi cemerlangnya untuk Cesena.

Siena
Pengurus Siena, Giuseppe Sannino menerima keputusan menggantungnya sebanyak satu perlawanan Coppa Itali kerana menggunakan kata-kata kesat.

Udinese
Pengurus Udinese, Francesco Guidolin mengaku mereka berada dalam kumpulan Liga Europa yang sukar, tetapi mereka sudah hampir berjaya mara.

No comments:

Post a Comment