Arsenal
Emmanuel Frimpong mendedahkan yang dia mungkin dipinjamkan kepada kelab lain pada bulan Januari jika gagal memecah masuk skuad utama Arsenal.
Aston Villa
Penyerang, Yannick Djalo mungkin sertai Aston Villa pada musim panas, selepas mendakwa yang dia akan menantangani kontrak pada bulan Januari.
Blackburn
Martin O'Neill dan Alan Shearer dilapor adalah calon utama untuk menggantingkan tempat pengurus, Steve Kean jika dia dipecat oleh Blackburn.
Bolton
Pertahanan New York Red Bulls, Tim Ream akan menjalani ujian di kelab Bolton Wanderers, sebelum dia melakukan perkara yang sama di West Brom.
Chelsea
Chelsea dalam keadaan bersedia setelah River Plate umumkan yang mereka mungkin menjual Lucas Ocampos yang disamakan dengan Cristiano Ronaldo.
Everton
Penjaga gol, Sean Johnson daripada Chicago Fire akan berlatih bersama rakan senegaranya, Tim Howard di kelab Everton bermula hari Ahad ini.
Fulham
Martin Jol amat kecewa setelah Fulham tewas disaat akhir kepada Twente di dalam Liga Europa dan juga dengan Andy Johnson yang dibuang padang.
Liverpool
Pemain tengah Liverpool, Lucas Leiva tidak lagi dapat bermain di dalam musim ini setelah mengalami kecederaan lutut ketika menentang Chelsea.
Manchester City
Kolo Toure menegaskan bahawa adalah terlalu awal untuk membandingkan pasukan Manchester City Roberto Mancini kepada skuad 'kebal' Arsenal.
Manchester United
Manchester Utd berkata adalah terlalu awal untuk mengetahui tahap kecederaan Berbatov, Fabio dan Rafael berikutan perlawanan menentang Palace.
Newcastle United
Pengurus Newcastle, Alan Pardew berharap pasukannya boleh beri penghormatan kepada Gary Speed dengan menewaskan Chelsea di St James' Park.
Norwich City
Paul Lambert gesa pemain Norwich supaya sekali lagi menunjukkan keberanian mereka bila turun menentang pendahului carta liga Manchester City.
Queens Park Rangers
Penyerang Queens Park Rangers, Jamie Mackie mengaku sekiranya terpilih, dia tidak akan menolak peluang menyertai Pasukan Bolasepak Olimpik GB.
Stoke City
Kenwyne Jones jaringkan golnya yang keempat dalam Liga Europa untuk Stoke seri buat kali kedua dalam kumpulan E setelah bertemu Dynamo Kiev.
Sunderland
Mark Hughes dan Martin O'Neill dijangka akan menjalani temuduga dengan Sunderland bagi mengisi jawatan pengurus yang ditinggalkan oleh Bruce.
Swansea City
Pengurus Swansea, Brendan Rodgers menegaskan bahawa dia utamakan kualiti dan bukannya kuantiti bila pasaran dibuka semula penghujung Disember.
Tottenham
Tottenham dilapor sudah hampir berjaya mengambil pemain pertahanan Ajax, Jan Vertonghen setelah bersetuju dengan yurannya sebanyak EUR12 juta.
West Brom
Penyerang West Brom, Peter Odemwingie mengaku yang dia teringin pulang ke Rusia bila kerjayanya di dalam Liga Premier sampai ke penghujungnya.
Wigan Athletic
Sevilla dilapor akan cuba mendapatkan khidmat sama ada Hugo Rodallega daripada Wigan atau Bony Wilfred daripada Vitesse pada bulan Januari.
Wolverhampton
Pemain tengah Wolves, Stephen Hunt percaya ada antara ahli pasukannya yang perlu menyelamatkan kerjaya merkea, menjelang pasaran musim sejuk.
No comments:
Post a Comment