Athletic Bilbao
Pemain tengah Bilbao, Ander Herrera berkata keputusan seri dengan Real Mallorca adalah bagus memandangkan skuadnya gagal bermain dengan baik.
Atletico Madrid
Atletico memperkenalkan rancangan membina stadium dengan kapasiti sebanyak 70,000 kerusi yang akan menggantikan Vicente Calderon pada 2015.
Barcelona
Sergi Roberto jaringkan golnya yang pertama dalam Liga Juara-juara untuk Barcelona menang kali kelima dalam kumpulan H setelah bertemu BATE.
Espanyol
Penyerang Espanyol, Sergio Garcia tidak bimbang mengenai pasaran musim sejuk dan menegaskan bahawa pasukannya mempunyai ramai penjaring gol.
Getafe
Pengurus Getafe, Luis Garcia percaya pasukannya sedang mengawal perlawanan sebelum Sevilla jaringkan gol kedua - kemudian segala merundum.
Granada
Granada berada di tempat kelapan di dalam carta Fairplay dengan 42 mata penalti setelah mengumpulkan 38 mata dan 2 kad merah pada musim ini.
Levante
Gustavo Cabral berkata Levante telah menganalisa kesilapan mereka ketika menentang Barcelona dan berazam mengatasinya sebelum bertemu Sevilla.
Malaga
Berita baik untuk pengurus Malaga, Manuel Pellegrini kerana Jesus Gamez telah kembali menjalani latihan dan dijangka boleh menentang Osasuna.
Osasuna
Osasuna berada di tempat kelapan dalam carta Fairplay dengan 42 mata penalti setelah mengumpulkan 34 kad kuning dan 4 kad merah musim ini.
Racing Santander
Racing berada di tempat ke-10 dalam carta Fairplay dengan 44 mata penalti setelah mengumpulkan 40 kad kuning dan 2 kad merah pada musim ini.
Rayo Vallecano
Pemain tengah Rayo Vallecano, Javi Fuego kesal tidak akan dapat turun menentang kelab lamanya, Sporting Gijon setelah digantung perlawanan.
Real Betis
Berita buruk untuk pengurus Betis, Pepe Mel kerana pemain tengah, Salva Sevilla tidak dapat beraksi selama sebulan kerana kecederaan ligamen.
Real Madrid
Real Madrid dilapor akan menghantar peninjau untuk melihat penyerang Napoli, Edinson Cavani beraksi ketika bertemu Villarreal di El Madrigal.
Real Mallorca
Penjaga gol Mallorca, Dudu Aouate mahu pasukannya bermati-matian bila menentang Granada, tetapi mereka tidak boleh terlalu gopoh menyerang.
Real Sociedad
Penyerang Sociedad, Diego Ifran mengaku ini adalam musim yang sukar baginya kerana pada sangkaannya, dia akan diberikan lebih banyak peluang.
Real Zaragoza
Zaragoza berada di tempat ke-12 dalam carta Fairplay dengan 47 mata penalti setelah mengumpulkan 43 kad kuning dan 2 kad merah pada musim ini.
Sevilla
Pengurus Sevilla, Marcelino akui skuadnya terlalu gemuruh di tempat sendiri kerana mereka sangat mahukan kemenangan dan keputusan yang baik.
Sporting Gijon
Presiden Sporting Gijon, Manuel Vega percaya mereka sedang membuat kemajuan, dan mengingatkan bahawa kelab itu pernah muflis tidak lama dulu.
Valencia
Didier Drogba jaringkan golnya yang ketiga dalam Liga Juara-juara untuk Valencia menduduki tempat ketiga kumpulan E setelah bertemu Chelsea.
Villarreal
Agen Giuseppe Rossi mendedahkan bahawa pemain itu pasti telah berpindah ke Juventus, sekiranya Malaga tidak membeli Cazorla terlebih dahulu.
No comments:
Post a Comment