Monday, December 26, 2011

La Liga

Athletic Bilbao
Aritz Aduriz mungkin kembali ke San Mames kerana penyerang itu jarang memulakan perlawanan untuk Valencia yang masih berhutang dengan Bilbao.

Atletico Madrid
Pengurus Atletico Madrid, Diego Simeone telah mengenalpasti penyerang Metalist Kharkiv, Jose Sosa sebagai sasaran utama pada bulan Januari.

Barcelona
Gremio menyatakan hasrat mereka untuk membeli pemain pertahanan milik Barcelona, Henrique yang sudah 3 tahun dipinjamkan kepada kelab lain.

Espanyol
Sergio Garcia adalah penjaring terbanyak Espanyol dengan 5 gol setelah membuat 47 cubaan dalam 14 kemunculan untuk kelab itu dalam musim ini.

Getafe
Arsenal dilapor mahu mendapatkan khidmat pemain tengah Getafe, Abdelaziz Barrada yang cemerlang dalam empat bulan pertamanya di kelab itu.

Granada
Guilherme Siqueira adalah penjaring terbanyak Granada dengan 2 gol setelah membuat 9 cubaan dalam 16 kemunculan untuk kelab itu musim ini.

Levante
Arouna Kone adalah penjaring terbanyak Levante dengan 6 gol setelah membuat 28 cubaan dalam 15 kemunculannya untuk kelab itu pada musim ini.

Malaga
Malaga mempunyai bajet ketiga terbesar di dalam Liga Primera berikutan pendedahan yang kelab itu akan membelanjakan EUR150 pada musim ini.

Osasuna
Ibrahima Balde adalah penjaring terbanyak Osasuna dengan 5 gol setelah membuat 13 cubaan dalam 12 kemunculannya untuk kelab itu musim ini.

Racing Santander
Kapten Racing, Pedro Munitis berkata pasukannya bersatu-padu dan sedia berjuang keluar daripada situasi buruk di dalam dan di luar padang.

Rayo Vallecano
Penyerang Rayo, Andrija Delibasic berharap penyingkiran skuadnya daripada Copa del Rey akan mencerahkan peluang mereka kekal di dalam La Liga.

Real Betis
Pengurus Real Betis, Pepe Mel percaya pasukannya kini berada di tempat yang sebenarnya di dalam carta dan yakin mereka boleh tewaskan Sevilla.

Real Madrid
Setelah menerima pujian daripada media dan pengurus, Jose Mourinho, penyerang Real Madrid, Angel Di Maria telah memohon gajinya dinaikkan.

Real Mallorca
Tomer Hemed adalah penjaring terbanyak untuk Mallorca dengan 5 gol setelah membuat 23 cubaan dalam 13 kemunculannya untuk kelab itu musim ini.

Real Sociedad
Real Sociedad mengumumkan bahawa Xabi Prieto telah bersetuju melanjutkan kontraknya untuk 4 tahun lagi dan kini terikat di situ sehingga 2017.

Real Zaragoza
Zaragoza dilapor telah menerima kelulusan kewangan untuk memecat pengurus, Javier Aguirre dan membawa masuk pengurus baru untuk kelab itu.

Sevilla
Juventus dilapor hampir berjaya mendapatkan pemain Sevilla, Martin Caceres dalam urusniaga yang bakal menelan belanja sebanyak EUR10 juta.

Sporting Gijon
Pengurus Sporting de Gijon, Manolo Preciado enggan bercakap mengenai kontrak baru dan berkata dia hanya mahu memastikan kelab itu selamat.

Valencia
Aritz Aduriz mungkin kembali ke San Mames kerana penyerang itu jarang memulakan perlawanan untuk Valencia yang masih berhutang dengan Bilbao.

Villarreal
Presiden Villarreal, Fernando Roig gesa penyokong mereka supaya yakin dengan projek kelab itu mencari kejayaan dari segi sukan dan kewangan.

No comments:

Post a Comment