Arsenal
Pemain pertahanan Arsenal, Andre Santos akan terlepas jadual perlawanan musim perayaan kerana perlu menjalani pemulihan selama tiga minggu.
Aston Villa
Aston Villa perlu membayar gaji pemain pinjaman, Jermaine Jenas sepanjang baki musim ini walaupun dia tidak lagi dapat bermain kerana cedera.
Blackburn
Chris Samba yakin Yakubu dengan selesa boleh menjaringkan 20 gol untuk Blackburn, tetapi sedar Rovers juga perlu menguatkan pertahanan mereka.
Bolton
Zat Knight berpendapat bahawa pasukan Bolton perlu membayar 'hutang' mereka kepada pengurus, Owen Coyle bermula dengan perlawanan Sabtu ini.
Chelsea
Penyerang Chelsea, Didier Drogba percaya dia boleh bermain untuk dua tahun lagi, tetapi dia tidak mahu bimbang mengenai situasi kontraknya.
Everton
Tim Cahil percaya dia boleh kembali menjaringkan banyak gol untuk Everton dan menjadi pemain tengah yang paling ditakuti dalam liga semua.
Fulham
Pengurus Fulham, Martin Jol nafikan yang dia mahukan Dimitar Berbatov dan Raul kerana percaya Mousa Dembele adalah pemain yang lebih bagus.
Liverpool
Pengurus Liverpool, Kenny Dalglish percaya penyerang, Luis Suarez telah dijadikan mangsa oleh Persatuan Bolasepak serta pihak lawan mereka.
Manchester City
Laporan mengatakan bahawa Paris Saint-Germain merancang untuk memintas usaha AC Milan mendapatkan penyerang Manchester City, Carlos Tevez.
Manchester United
Agen Nemanja Vidic berkata kapten Manchester United itu mungkin tidak dapat beraksi selama beberapa bulan setelah mengalami kecederaan lutut.
Newcastle United
Masalah kecederaan Newcastle semakin meruncing kerana Danny Guthrie dijangka tidak dapat beraksi selama 6 minggu kerana cedera pangkal paha.
Norwich City
Norwich City dilapor akan bersaing dengan Swansea untuk mendapatkan khidmat penyerang kelab Birmingham, Nicola Zigic pada bulan Januari nanti.
Queens Park Rangers
Agen Ali Faurlin mendedahkan bahawa terdapat tiga kelab yang telah menyatakan minat mereka, tetapi pemain tengah itu gembira berada di QPR.
Stoke City
Pemain pertahanan Stoke, Jonthan Woodgate mengaku berasa kecewa dengan prestasinya sejak dia tiba di Stadium Britannia daripada Tottenham.
Sunderland
Pengurus Sunderland, Martin O'Neill mengaku dia sedang mempertimbangkan keputusan memanggil pulang Asamoah Gyan daripada Emiriah Arab Bersatu.
Swansea City
Swansea City dilapor akan bersaing dengan Norwich untuk mendapatkan khidmat penyerang kelab Birmingham, Nicola Zigic pada bulan Januari nanti.
Tottenham
Sevilla dilapor telah membuat kemajuan dalam rundingan dengan Tottenham mengenai perpindahan yang bernilai EUR4 juta untuk Giovani dos Santos.
West Brom
West Brom dilapor sedang menyediakan tawaran untuk kapten kelab Nottingham Forest, Luke Chambers yang akan tamat kontrak hujung musim ini.
Wigan Athletic
Pengurus Wigan, Martinez percaya Hugo Rodallega yang gagal jaringkan gol dalam 10 perlawanan akan mencapai tahap terbaiknya tidak lama lagi.
Wolverhampton
Jody Craddock yakin pemain pertahanan Wolves, Roger Johnson akan bangun semula selepas digugurkan, menjelang kemunculan semulanya minggu ini.
No comments:
Post a Comment