Saturday, December 10, 2011

EPL

Arsenal
Pengurus Arsenal, Arsene Wenger memuji kapten, Robin van Persie kerana menjaringkan gol istimewa ketika mereka bergelut menangani Everton.

Aston Villa
Alex McLeish berpendapat Villa telah menunjukkan kekuatan mental untuk menewaskan Bolton dan menang di tempat lawan buat kali yang pertama.

Blackburn
Pengurus, Steve Kean ramal Yakubu akan jadi pemain Blackburn yang pertama menjaringkan 20 gol dalam satu musim sejak Alan Shearer pada 1996.

Bolton
Pengurus Bolton, Owen Coyle kecewa dengan sikap skuadnya ketika tewas kepada Aston Villa, terutamanya kerana mereka bermain di tempat sendiri.

Chelsea
Laporan mengatakan yang Inter Milan telah menjadikan pemain Chelsea, Didier Drogba sebagai sasaran utama di dalam pasaran musim panas nanti.

Everton
Pengurus, David Moyes mengaku Everton agak bernasib baik tidak tewas dengan lebih teruk, tetapi memuji reaksi pasukannya terhadap gol Arsenal.

Fulham
Pengurus Fulham, Martin Jol nafikan berita yang mengatakan dia bertelingkah dengan Bobby Zamora yang tiada ketika mereka tewas kepada Swansea.

Liverpool
Pengurus Liverpool, Kenny Dalglish gembira kerana Luis Suarez berjaya ketepikan berita negatif dengan menjaringkan gol kemenangan ke atas QPR.

Manchester City
Adriano Galliani ramalkan proses rundingan panjang setelah mengesahkan yang Man City telah menolak tawaran Milan untuk meminjam Carlos Tevez.

Manchester United
Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson menegaskan bahawa dia kekal yakin dengan skuadnya, berikutan kemenangan mereka ke atas Wolves.

Newcastle United
Pengurus, Alan Pardew mengaku ketiadaan Steven Taylor dan Fabricio Coloccini beri kesan kepada Newcastle, berikutan kekalahan kepada Norwich.

Norwich City
Pengurus Norwich, Paul Lambert gembira dengan aksi pasukannya ketika menentang Newcastle dan percaya mereka sepatutnya boleh menang besar.

Queens Park Rangers
Pengurus Queens Park Rangers, Neil Warnock puas hati dengan usaha pasukannya ketika menentang Liverpool yang diakuinya jauh lebih berkualiti.

Stoke City
Penyerang, Peter Crouch berkata dia tidak teragak-agak meninggalkan Tottenham kerana tahu dia hanya seorang pemain gantian di White Hart Lane.

Sunderland
Pengurus Sunderland, Martin O'Neill telah menjadikan matlamat melihat Nicklas Bendtner mencapai potensinya sebagai keutamaannya di kelab itu.

Swansea City
Pengurus Swansea, Brendan Rodgers berkata harga yang dibayar untuk Michel Vorm adalah 'murah' berikutan prestasinya ketika menewaskan Fulham.

Tottenham
Pengurus Tottenham, Harry Redknapp mengaku dia kesal melihat Jonathan Woodgate meninggalkan Tottenham dan sertai Stoke pada awal musim ini.

West Brom
Pengurus, Roy Hodgson enggan beri komen mengenai keputusan pengadil dan berkata West Brom telah bermain dengan baik ketika tewas kepada Wigan.

Wigan Athletic
Pengurus Wigan, Roberto Martinez memuji persembahan penyerang muda, Victor Moses yang memainkan peranan penting ketika menewaskan West Brom.

Wolverhampton
Pengurus, Mick McCarthy mengaku dia gembira dengan persembahan Wolves ketika tewas kepada Manchester United yang amat jelas jauh lebih bagus.

No comments:

Post a Comment