Tuesday, December 27, 2011

Serie A

AC Milan
AC Milan dilapor telah menawarkan penyerang, Pippo Inzaghi kepada Espanyol yang telah menyenaraikan namanya di dalam senarai pemain sasaran.

AS Roma
Pemain tengah Barcelona, Marti Riverola telah dikaitkan dengan Roma di mana dia akan digandingkan semula dengan bekas pengurus Enrique.

Atalanta
Atalanta dilapor akan cuba mendapatkan pemain tengah Parma, Deniele Galloppa jika mereka menjual Carlos Carmona kepada Udinese.

Bologna
Agen Andrea Mantovani berkata pemain Palermo itu belum menandatangani kontrak dengan Bologna, tetapi dia sudah hampir mencapai persetujuan.

Cagliari
Cagliari dilapor sedang mempertimbangkan tawaran untuk pemain tengah Reggina, Simone Missiroli, tetapi mereka perlu bersaing dengan Udinese.

Catania
Pihak Catania dilapor sedang memerhatikan kemajuan pemain tengah Trapani, Dario Barraco yang telah jaringkan 9 gol dalam 16 kemunculannya.

Cesena
Cesena mahu mendapatkan penyerang skuad Napoli, Giuseppe Mascara yang dijangka akan semakin terpinggir bila Eduardo Vargas tiba di kelab itu.

Chievo
Chievo dilaporkan berminat mendapatkan pemain tengah Barcelona, Marti Riverola, tetapi mereka perlu bersaing dengaj Roma untuk mengambilnya.

Fiorentina
Pengurus baru Racing Clun, Alfio Basile umumkan niatnya untuk mengekalkan penyerang, Teofilo Gutierrez yang telah menjadi sasaran Fiorentina.

Genoa
Genoa dilapor sanggup menawarkan pemain tengah, Isaac Cofie sebagai sebahagian pertukaran untuk perpindahan penyerang kelab Juventus, Amauri.

Inter Milan
Inter berminat untuk mendapatkan pemain sayap kiri Chelsea, Florent Malouda, tetapi mungkin akan menunggu sehingga kontraknya tamat Jun nanti.

Juventus
Genoa dilapor sanggup menawarkan pemain tengah, Isaac Cofie sebagai sebahagian pertukaran untuk perpindahan penyerang kelab Juventus, Amauri.

Lazio
Pasukan yang corot, Lecce adalah antara beberapa kelab yang mahukan penyerang, Libor Kozak, akan tetapi Lazio keberatan untuk melepaskannya.

Lecce
Pasukan yang corot, Lecce adalah antara beberapa kelab yang mahukan penyerang, Libor Kozak, akan tetapi Lazio keberatan untuk melepaskannya.

Napoli
Cesena mahu mendapatkan penyerang skuad Napoli, Giuseppe Mascara yang dijangka akan semakin terpinggir bila Eduardo Vargas tiba di kelab itu.

Novara
Novara mahukan pemain berpengalaman di dalam skuadnya dan dilapor telah menjadikan pemain tengah Werder Bremen, Daniel Jensen sebagai sasaran.

Palermo
Kapten Rosanero, Fabrizio Miccoli membayangkan bahawa Palermo adalah kelab terakhirnya sebelum dia bersara sebagai pemain yang profesional.

Parma
Atalanta dilapor akan cuba mendapatkan pemain tengah Parma, Deniele Galloppa jika menjual Carlos Carmona kepada Udinese pada bulan Januari.

Siena
Direktor, Daniele Faggiano berkata Siena akan berbincang mengenai urusniaga dalam musim sejuk dan nafikan sebarang rundingan dengan Sampdoria.

Udinese
Pengurus Itali, Cesare Prandelli mengesahkan bahawa dia akan memilih penyerang Udinese, Antonio Di Natale untuk perlawanan yang seterusnya.

No comments:

Post a Comment