Arsenal
Pengurus Arsenal, Arsene Wenger memuji keseluruhan persembahan pasukannya setelah mereka membelasah Wigan untuk menduduki tempat ke-5 liga.
Aston Villa
Pengurus Aston Villa, Alex McLeish berharap Shay Given hanya mengalami kecederaan ringan pada pahanya, berikutan kekalahan kepada Man Utd.
Blackburn
Pengurus Blackburn, Steve Kean tidak faham mengapa protes masih mencemari kemenangan ke atas Swansea hasil empat gol jaringan Ayegbeni Yakubu.
Bolton
Pengurus Bolton, Owen Coyle membidas pengadil berikutan keputusannya mengarahkan Gary Cahill keluar padang dalam kekalahan kepada Tottenham.
Chelsea
Andres Villas-Boas beri amaran kepada Manchester City bahawa Chelsea mahu merampas kedudukan mereka, berikutan kemenangan ke atas Newcastle.
Everton
Pengurus, David Moyes harap Everton boleh mengambil kesempatan terhadap isu Stoke bermain di Eropah, tetapi mengaku dia mencemburi kelab itu.
Fulham
Fulham dilapor sedang mendahului persaingan untuk mendapatkan penjaring kelab Schalke, Raul yang akan tamat kontrak pada hujung musim ini.
Liverpool
Kemahiran pengurusan insan Kenny Dalglish sedang diuji sepenuhnya di Liverpool dan dia mengaku ia adalah aspek paling sukar dalam tugasnya.
Manchester City
Selepas membelasah Norwich, David Platt mendakwa bahawa jumlah gol yang dijaringkan oleh Man City tidaklah sepenting mencatatkan kemenangan.
Manchester United
Sir Alex Ferguson percaya Javier Hernandez mungkin tidak dapat beraksi selama sebulan setelah cedera dalam kemenangan ke atas Aston Villa.
Newcastle United
Pengurus Newcastle, Alan Pardew tidak faham mengapa pengadil, Mike Dean tida arahkan David Luiz keluar padang dalam kekalahan kepada Chelsea.
Norwich City
Pengurus, Paul Lambert mengaku bahawa Norwich ternyata tidak setanding Man City, tetapi sekurang-kurangnya mereka tunjukkan aksi bersemangat.
Queens Park Rangers
Pengurus Queens Park Rangers, Neil Warnock kecewa dengan keputusan seri bertemu West Brom, tetapi memuji persembahan cemerlang para pemainnya.
Stoke City
Pengurus, Tony Pulis gesa penyokong Stoke supaya bersabar dan menyedari bahawa banyak yang telah mereka capai dalam jangka masa yang pendek.
Sunderland
Sunderland mengesahkan yang mereka telah mengikat kontrak 3 tahun dengan pengurus baru, Martin O'Neill yang akan memulakan tugasnya Isnin ini.
Swansea City
Brendan Rodgers mengaku kesilapan pertahanan menyebabkan Swansea tewas kepada Blackburn, tetapi memuji usaha pemainnya dalam perlawanan itu.
Tottenham
Pengurus Tottenham, Harry Redknapp memuji persembahan Gareth Bale ketika menentang Bolton dan berkata dia adalah pemain sayap yang lengkap.
West Brom
Pengurus West Brom, Roy Hodgson berasa lega membawa pulang satu mata daripada perlawanan menentang QPR yang sentiasa cemerlang di Loftus Road.
Wigan Athletic
Pengurus Wigan Athletic, Roberto Martinez percaya cara pasukannya melepaskan 2 gol kilat kepada Arsenal telah menjejaskan persembahan mereka.
Wolverhampton
Pengurus Wolves, Mick McCarthy mengaku dia bernasib baik mempunyai ketua-ketua yang memahami, berikutan pemecatan Steve Bruce di Sunderland.
No comments:
Post a Comment