Wednesday, December 7, 2011

EPL

Arsenal
Walaupun hanya memulakan 5 perlawanan setakat ini, pemain milik kelab Chelsea, Yossi Benayoun berharap dapat menjadi pemain tetap Arsenal.

Aston Villa
Pengurus Aston Villa, Alex McLeish yakin dana akan disediakan dalam usahanya mencari pemain tengah baru dalam pasaran bulan Januari nanti.

Blackburn
Grant Hanley seronok dengan persaingan merebut tempat dalam skuad Blackburn dan mahu menjadikannya sebagai peluang meningkatkan permainannya.

Bolton
Pengurus Bolton, Owen Coyle berharap penarikan balik kad merah Gary Cahill adalah tanpa bahawa nasib kelab itu akan berubah tidak lama lagi.

Chelsea
Chelsea dilapor akan menyediakan EUR20 juta untuk menggoda Porto supaya melepaskan sasaran utama mereka, Joao Moutinho pada musim panas nanti.

Everton
Pengurus Everton, David Moyes tidak mahu beri banyak tekanan terhadap Apostolos Vellios dan percaya bakatnya perlu dicungkil perlahan-lahan.

Fulham
Pengurus Celtic, Neil Lennon telah menilai pemain Fulham, Rafik Halliche ketika dia bermain dalam perlawanan persahabatan menentang Hibernian.

Liverpool
Pihak FA telah menuduh Luis Suarez menunjukkan isyarat biadap ke arah penyokong Fulham, sementara Liverpool dituduh gagal mengawal pemain.

Manchester City
David Silva jaring golnya yang pertama dalam Liga Juara-juara untuk tewaskan Bayern, tetapi Man City masih tersingkir dari pertandingan itu.

Manchester United
Phil Jones jaringkan golnya yang pertama dalam Liga Juara-juara tetapi Man Utd tetap tewas kepada Basel dan tersingkir dari pertandingan itu.

Newcastle United
Ryan Taylor yakin pengurus Newcastle United, Alan Pardew boleh menangani masalah kecederaan kelab itu, menjelang pertemuan dengan Norwich.

Norwich City
Pemain pertahanan Norwich, Russel Martin mengaku kelab itu akan berasa gembira sekiranya boleh kekal di tengah carta sepanjang baki musim ini.

Queens Park Rangers
Pemain sayap QPR, Lee Cook menegaskan bahawa masa depannya masih samar, tetapi tidak menolak kemungkinan menjadi pemain tetap Leyton Orient.

Stoke City
Penjaga gol Stoke City, Thomas Sorensen umumkan bahawa dia sudah pulih sepenuhnya dan boleh turun menentang Tottenham pada hujung minggu ini.

Sunderland
Kelab Inggeris, Sunderland dilapor sedang pertimbangkan tawaran untuk pemain tengah Udinese, Almen Abdi yang dianggarkan bernilai EUR7-8 juta.

Swansea City
Pengurus Swansea City, Brendan Rodgers dilapor telah menolak tawaran untuk menjadi pengurus pasukan kebangsaan Ireland Utara secara sambilan.

Tottenham
Tottenham dilapor sanggup menawarkan wang serta Roman Ravlyuchenko sebagai pertukara untuk mendapatkan khidmat penyerang Marseille, Loic Remy.

West Brom
Penyerang, Simon Cox mengaku yang dia mungkin terpaksa keluar daripada West Brom jika gagal menjadi pemain skuad utama sebelum bulan Januari.

Wigan Athletic
Roberto Martinez harap Antolin Alcaraz yang selesai menjalani penggantungan akan dapat membantu Wigan bangun daripada kekecewaan minggu lalu.

Wolverhampton
Pengurus Wolves, Mick McCarthy memuji kadar kerja dan sikap tidak mementingkan diri penyerang, Kevin Doyle, walaupun dia kurang menyumbat gol.

No comments:

Post a Comment