Tuesday, December 20, 2011

Serie A

AC Milan
Zlatan Ibrahimovic jaringkan golnya yang ke-11 dalam Serie A untuk Milan menang di tempat lawan buat kali ke-4 setelah menentang Cagliari.

AS Roma
Pengurus Roma, Luis Enrique dakwa yang dia mempunyai hubungan baik dengan Totti dan mereka akan berterus-terang jika ada perbezaan pendapat.

Atalanta
Atalanta mahu mengutip mata buat kali ketujuh berturut-turut bila menentang Cesena yang sudah lima kali tewas bila bermain di tempat lawan.

Bologna
Bologna tidak mahu tewas buat kali kedua berturut-turut bila mereka menentang Roma yang mahu menang di tempat lawan buat kali yang keempat.

Cagliari
Zlatan Ibrahimovic jaringkan golnya yang ke-11 dalam Serie A untuk Cagliari tewas di tempat sendiri buat kali ke-5 setelah bertemu AC Milan.

Catania
Liverpool Montevideo mengesahkan yang Catania sedang memerhatikan penyerang, Emiliano Alfaro, tetapi mereka belum membuat tawaran yang serius.

Cesena
Cesena mahu menang buat kali ketiga dari lima perlawanan bila mereka turun menentang Atalanta yang masih belum pernah tewas di tempat sendiri.

Chievo
Chievo mahu menang buat kali kedua berturut-turut bila mereka menentang Lazio yang sudah tercicir 12 mata di tempat sendiri pada musim ini.

Fiorentina
Fiorentina gagal jaringkan gol buat kali ketiga dari lima perlawanan untuk seri di tempat lawan buat kali yang ketiga setelah menentang Siena.

Genoa
Pengurus Genoa, Alberto Malesani menegaskan bahawa pasukannya sudah bersedia untuk hadapi Napoli, walaupun ada pemainnya tidak cukup cergas.

Inter Milan
Agen Juan Guilherme Nunes mendedahkan bahawa rundingan dengan Inter mengenai perpindahan pemain pertahanan Juventus itu sudah hampir selesai.

Juventus
Wakil Milos Krasic mengalukan laporan yang mengatakan Inter Milan berminat terhadap pemain sayap Juventus itu yang mahu berpindah Januari ini.

Lazio
Pengurus, Edy Reja berharap Lazio boleh memperbaiki kedudukan mereka berbanding musim lalu dan tiket ke Liga Juara-juara adalah kemuncaknya.

Lecce
Lecce tidak mahu tewas buat kali keempat dari lima perlawanan bila mereka bertemu Inter, yang mahu menang di tempat sendiri buat kali keempat.

Napoli
Walter Mazzari nafi yang Napoli sedang mengalami krisis dan laporan yang mendakwa dia cuba meletakkan jawatan selepas menentang Villarreal.

Novara
Novara tidak mahu tewas buat kali kedua berturut-turut bila mereka menentang Palermo yang masih belum berjaya menang ketika di tempat lawan.

Palermo
Naib president Palermo, Guglielmo Micciche percaya pengurus baru, Bortolo Mutti adalah calon yang sesuai dan dipandang tinggi oleh Zamparini.

Parma
Presiden, Tommaso Ghirardi menafikan pendapat yang mengatakan Parma sekali lagi mahu mengambil penyerang Juventus, Amauri pada bulan Januari.

Siena
Pemain Siena gagal jaringkan gol buat kali kelima berturut-turut untuk seri di tempat sendiri buat kali kedua setelah menentang Fiorentina.

Udinese
Penyerang veteran Udinese, Antonio Di Natale berpendapat bahawa perlawanan menentang Juventus akan mendedahkan kemampuan sebenar pasukannya.

No comments:

Post a Comment