Tuesday, December 13, 2011

Serie A

AC Milan
Naib presiden Milan, Adriano Galliani mengesahkan yang Rossoneri sanggup menanti sehingga 31 Januari dalam usaha untuk mengambil Carlos Tevez.

AS Roma
Fiorentina dilapor berminat untuk mendapatkan khidmat pemain tengah AS Roma, Leandro Greco yang akan tamat kontrak di penghujung musim ini.

Atalanta
Agen Gianluca Sansone mengesahkan bahawa Atalanta berminat, tetapi percaya penyerang Sassuolo itu tidak akan keluar sehingga hujung musim ini.

Bologna
Direktor sukan Torino, Gianluca Petrachi dilapor berminat dengan penyerang Bologna, Henry Gimenez dan dia mungkin membuat tawaran Januari ini.

Cagliari
Presiden Cagliari, Massimo Cellino berkata dia enggan melepaskan Radja Nainggolan Januari ini, walaupun sekiranya dia ditawarkan EUR100 juta.

Catania
Catania tidak mahu bercakap dengan media sepanjang minggu ini bagi membantu pemain fokus terhadap persediaan perlawanan menentang Palermo.

Cesena
Daniele Arrigoni mengaku kemenangan ke atas Palermo telah menaikkan keyakinan serta mengesahkan yang Cesena boleh bersaing dengan kelab utama.

Chievo
Chievo adalah kelab terkini yang dikatakan mahu meminjam pemain Milan, Stephan El Shaarawy yang mungkin keluar untuk beri ruang kepada Tevez.

Fiorentina
Fiorentina dilapor berminat untuk mendapatkan khidmat pemain tengah AS Roma, Leandro Greco yang akan tamat kontrak di penghujung musim ini.

Genoa
Yuto Nagamoto jaringkan golnya yang kedua dalam Serie A untuk Genoa tewas di tempat sendiri buat kali kedua setelah menentang Inter Milan.

Inter Milan
Yuto Nagamoto jaringkan golnya yang kedua dalam Serie A untuk Inter Milan menang di tempat lawan buat kali ketiga setelah menentang Genoa.

Juventus
Penyerang Juventus, Vincenzo Iaquinta dilapor akan ke Lecce pada bulan Januari, setelah agennya menafikan sebarang hubungan dengan Fiorentina.

Lazio
Penyerang Croatia, Ivica Olic mengaku dia berminat untuk keluar dari Bayern Munich dan menyertai kelab Itali, Lazio pada bulan Januari nanti.

Lecce
Penyerang Juventus, Vincenzo Iaquinta dilapor akan ke Lecce pada bulan Januari, setelah agennya menafikan sebarang hubungan dengan Fiorentina.

Napoli
Napoli dilapor berminat mendapatkan khidmat Federico Balzaretti daripada Palermo, menjelang permulaan peringkat kalah-mati Liga Juara-juara.

Novara
Genoa dilapor hampir mencapai persetujuan dengan Novara tentang kontrak untuk meminjamkan khidmat Andrea Caracciolo sehingga hujung musim ini.

Palermo
Siena mara ke peringkat suku akhir Coppa Italia setelah mengheret Palermo ke sepakan penalti dalam perlawanan yang menyaksikan 8 gol disumbat.

Parma
Pengurus, Franco Colomba mengesahkan bahawa dia mungkin bekukan Raffael Palladino, berikutan reaksi marah penyerang itu bila dia digantikan.

Siena
Siena mara ke peringkat suku akhir Coppa Italia setelah mengheret Palermo ke sepakan penalti dalam perlawanan yang menyaksikan 8 gol disumbat.

Udinese
Francesco Guidolin berpendapat bahawa Udinese tidak mampu mengulangi pencapaian skuad Verona 1985 kerana wang adalah penentu zaman sekarang.

No comments:

Post a Comment