Monday, December 12, 2011

Serie A

AC Milan
Pemain pertahanan Nigeria, Taye Taiwo mengaku dia tidak mahu kekal di Milan jika gagal merampas tempat dalam rancangan Massimiliano Allegri.

AS Roma
Daniele De Rossi jaringkan golnya yang kedua dalam Serie A untuk Roma seri di tempat sendiri buat kali yang kedua setelah menentang Juventus.

Atalanta
Atalanta dilapor mahu mendapatkan khidmat pemain sayap kiri Iceland, Emil Halfredsson yang ketika ini bermain untuk kelab Serie B, Verona.

Bologna
Pengurus Bologna, Stefano Pioli dilapor mahu mendapatkan pemain pertahanan Palermo, Andrea Mantovani yang muncul hanya 4 kali pada musim ini.

Cagliari
Cagliari dijangka turun tanpa Daniele Conti sehingga pertengahan bulan Januari kerana pemain itu cedera setelah berlanggar dengan Morrone.

Catania
Presiden Catania, Antonino Pulvirenti mendakwa pasukannya sudah bersedia menghadapi perlawanan paling penting tahun ini menentang Palermo.

Cesena
Cesena akan menilai keadaan Lauro, Comotto, Martinez dan Colucci, sementara Antonioli akan kembali menjaga gawang setelah selesai digantung.

Chievo
Pengurus Chievo, Di Carlo pertahankan Sergio Pellissier yang dituduh menjatuhkan diri dan marah pada pengadil kerana tidak memberikan penalti.

Fiorentina
Fiorentina optimistik Alessio Cerci mungkin kembali ke dalam skuad untuk perlawanan menentang Atalanta setelah dia terlepas dua perlawanan.

Genoa
Pengurus Genoa, Alberto Malesani mengaku kemenangan adalah ubat yang terbaik, dan pasukannya bersemangat untuk menghadapi Inter Milan pula.

Inter Milan
Pengurus Inter, Claudio Ranieri mengesahkan Diego Forlan akan berada di bangku simpanan, sementara nasib Diego Milito masih belum dipastikan.

Juventus
Giorgio Chiellini jaringkan golnya yang pertama dalam Serie A untuk Juventus seri di tempat lawan buat kali keempat setelah menentang Roma.

Lazio
Lazio mengesahkan bahawa penjaga gol, Federico Marchetti mungkin tidak dapat beraksi selama sebulan setelah mengalami kecederaan pada paha.

Lecce
Lecce akan menilai keadaan Mesbah, Tomovic, Bertolacci dan Esposito, sementara Moris Carrozzieri pula dijangka kembali bermain minggu ini.

Napoli
Aurelio De Laurentiis gesa Napoli menamatkan tahun ini dengan cara yang betul dan memperbaiki kedudukan dalam liga sebelum kembali ke Eropah.

Novara
Pengurus, Attilio Tesser berpendapat yang Novara tidak melepaskan peluang menewaskan Napoli dan mengaku dia teringin mengambil Pippo Inzaghi.

Palermo
Pengurus Bologna, Stefano Pioli dilapor mahu mendapatkan pemain pertahanan Palermo, Andrea Mantovani yang muncul hanya 4 kali pada musim ini.

Parma
Direktor Parma, Pietro Leonardi bersimpati dengan para pemainnya yang amat kecewa kerana gagal tewaskan Cagliari walaupun bermain dengan baik.

Siena
Siena mengesahkan bahawa Cristiano Del Grosso patah hidung ketika menentang Genoa, tetapi pemain itu masih boleh bermain menggunakan topeng.

Udinese
Udinese dilapor mahu mendapatkan khidmat pemain sayap Iceland, Emil Halfredsson yang ketika ini bermain untuk kelab Serie B, Hellas Verona.

No comments:

Post a Comment