Friday, December 2, 2011

La Liga

Athletic Bilbao
Pengurus Athletic Bilbao, Marcelo Bielsa menegaskan bahawa Toquero adalah pemain penting dan amat berharga sebagai pengganti untuk Llorente.

Atletico Madrid
Penyerang Atletico Madrid, Adrian Lopez mengaku yang dia mungkin tidak dapat menentang Rayo setelah pulang dari hospital kerana masalah perut.

Barcelona
Pengurus, Pep Guardiola mahu Barcelona hanya fokus pada pertemuan bertemu Levante dan bukannya berfikir mengenai El Classico pada ketika ini.

Espanyol
Pengurus Espanyol, Mauricio Pochettino menegaskan bahawa dia masih memerlukan Romaric, tetapi pemain perlu menurut segala peraturan yang ada.

Getafe
Pemain Getafe, Miguel Torres percaya pasukannya perlu mengambil pendekatan yang lebih berani jika mahu mengubah imej mereka di tempat lawan.

Granada
Granada mahu mengutip mata buat kali keempat berturut-turut bila menentang Zaragoza yang masih belum berjaya menang ketika di tempat lawan.

Levante
Pemain Levante, Valdo mengumumkan bahawa pasukannya akan menentang Barcelona dengan penuh keyakinan kerana mereka tidak akan kerugian apa-apa.

Malaga
Pemain tengah Malaga, Enzo Maresca tidak dapat menentng Sociedad setelah mengalami kecederaan dalam perlawanan persahabatan menentang Xerez.

Osasuna
Kapten Osasuna, Patxi Punal mahu meraikan perlawanan La Liganya yang ke-351 untuk kelab itu dengan menjaringkan gol pertamanya sejak May 2008.

Racing Santander
Pengurus sementara Racing, Juanjo Gonzalez berkata pasukannya perlu menunjukkan semangat juang jika mereka mahu keluar dari dasar carta liga.

Rayo Vallecano
Rayo Vallecano tidak mahu tewas buat kali ketiga berturut-turut bila menentang Atletico yang mahu menang di tempat sendiri buat kali kelima.

Real Betis
Real Betis tidak mahu tewas buat kali keempat dari lima perlawanan bila bertemu Osasuna yang mahu menang di tempat sendiri buat kali keempat.

Real Madrid
Presiden Real Madrid, Florentino Perez dilapor masih mahukan bintang Man Utd, Wayne Rooney dan sedang menyediakan tawaran bernilai GBP60 juta.

Real Mallorca
Real Mallorca mahu menang buat kali kedua berturut-turut bila bertemu Bilbao yang telah mencicirkan 10 mata ketika bermain di tempat sendiri.

Real Sociedad
Real Sociedad mahu menang buat kail kedua berturut-turut bila bertemu Malaga yang telah mencicirkan 13 mata ketika bermain di tempat lawan.

Real Zaragoza
Real Zaragoza tidak mahu tewas buat kali ketiga berturut-turut bila menentang Granada yang mahu menang di tempat sendiri buat kali yang kedua.

Sevilla
Presiden, Jose Maria del Nido tegaskan bahawa Sevilla kini berada di peringkat penting dalam usaha mereka melayakkan diri ke Liga Juara-juara.

Sporting Gijon
Sporting Gijon tidak mahu tewas buat kali kedua berturut-turut bila menentang Real Madrid yang mahu menang di tempat lawan buat kali keenam.

Valencia
Unai Emery beritahu Valencia supaya jangan biarkan Chelsea atau isu Miguel dan Ricardo Costa menghalang mereka daripada menewaskan Espanyol.

Villarreal
Villarreal mahu menang buat kali ketiga dari lima perlawanan bila menentang Racing yang tidak mahu tewas di tempat sendiri buat kali ketiga.

No comments:

Post a Comment