Athletic Bilbao
Marcelo Bielsa percaya Bilbao berhak mendapat lebih dari satu mata ketika menentang Racing kerana skuadnya telah membuat 12 cubaan pada gol.
Atletico Madrid
Pemain Atletico Madrid, Gabriel Fernandez menegaskan bahawa pengurus, Manzano bukanlah punca prestasi buruk mereka ketika menentang Espanyol.
Barcelona
Pengurus Chelsea, Andres Villas-Boas umumkan bahawa tiada persetujuan yang boleh memaksa Chelsea menjual kembali Oriol Romeu kepada Barcelona.
Espanyol
Pengurus Espanyol, Mauricio Pochettino bimbang skuadnya perlu bermain kali kedua kurang dari 48 jam, tetapi berjanji untuk menewaskan Celta.
Getafe
Pengurus Getafe, Luis Garcia gembira dengan kemenangan ke atas Granada berikutan prestasi yang bertentangan sebelum dan selepas waktu rehat.
Granada
Pengurus Granada, Fabri Gonzalez memuji pemainnya kerana usaha yang ditunjukkan ketika menentang Getafe dan kesal mereka gagal jaringkan gol.
Levante
Levante umum bahawa pemain tengah, Farinos tidak mengalami kecederaan serius, dan mengesahkan Felix Vicente tidak akan menentang Deportivo.
Malaga
Pengurus Malaga, Manuel Pellegrini merungut mengenai keputusan seri dengan Osasuna dan mengaku bahawa skuadnya telah mencicirkan dua mata.
Osasuna
Pengurus Osasuna, Jose Luis Mendilibar mengaku dia puas hati seri dengan Malaga serta bahawa pasukannya telah dipaksa bertahan lebih kerap.
Racing Santander
Juanjo Gonzalez berkata keputusan seri di Bilbao membuktikan yang Racing masih bersaing dan yang pasukannya tidak bergantung kepada jurulatih.
Rayo Vallecano
Presiden Rayo, Raul Martin Presa dedahkan bahawa kelab itu mahu memperbaharui kontrak lima orang pemain mereka yang mahu terus kekal di situ.
Real Betis
Pengurus Real Betis, Pepe Mel tiada niat untuk 'mengancam' kerja Gregorio Manzano, tetapi dia berharap Atletico Madrid akan tewas minggu ini.
Real Madrid
Real Madrid dilapor bersedia membuat tawaran membeli pemain Gremio, Mario Fernandes berikutan aksi buruk Fabio Ceontrao ketika bertemu Barca.
Real Mallorca
Pengurus Mallorca, Joaquin Caparros gembira akhirnya berjaya menang di tempat lawan dan memuji aksi cemerlang skuadnya pada babak pertama.
Real Sociedad
Pengurus Sociedad, Philippe Montanier amat gembira seri dengan Villarreal kerana mereka beraksi dengan 10 pemain dalam stadium yang sukar.
Real Zaragoza
Pengurus, Javier Aguirre mengaku Zaragoza berada dalam situasi yang rumit dan kekalahan kepada Mallorca adalah satu langkah besar ke belakang.
Sevilla
Pengurus Sevilla, Marcelino Garcia Toral mengesahkan tahap kecergasa Andres Palop kurang sempurna dan tidak akan turun menentang San Roque.
Sporting Gijon
Pengurus Sporting Gijon, Manolo Preciado memuji persembahan pemainnya ketika menentang Rayo dan berkata mereka menang kerana lebih efektif.
Valencia
Pablo Hernandez kesal dengan cara Valencia tewas kepada Real Betis dan mahu pasukannya belajar daripada kesilapan supaya tidak mengulanginya.
Villarreal
Pengurus Villarreal, Juan Carlos Garrido tidak puas hati seri dengan Sociedad, tetapi berkata skuadnya telah menunjukkan peningkatan prestasi.
No comments:
Post a Comment