Monday, December 5, 2011

Serie A

AC Milan
Agen Carlos Tevez berkata masih terdapat beberapa isu yang perlu diatasi, tetapi mendakwa yang pemain Man City itu mahu berpindah ke AC Milan.

AS Roma
Pengurus AS Roma, Luis Enrique mengaku dia mungkin menyerahkan surat perletakan jawatannya jika para pemain tidak lagi sesuai berada di situ.

Atalanta
Napoli dilapor sanggup tawarkan EUR12 juta serta 50 peratus kontrak Luca Cigarini sebagai pertukaran untuk pemain Atalanta, Manolo Gabbiadini.

Bologna
Naib presiden Bologna, Maurizio Setti mengaku bahawa bagi mereka setiap perlawanan hujung minggu adalah perang untuk mengelakkan penyingkiran.

Cagliari
Pemain Cagliari, Andrea Cossu mengaku 3 mata daripada perlawanan bertemu Catania adalah penting kerana sudah terlalu lama mereka tidak menang.

Catania
Direktor Catania, Pietro Lo Monaco mengaku kelab itu akan mencari peluang dalam pasaran, tetapi mengaku mereka mempunyai terlalu ramai pemain.

Cesena
Pemain pertahanan Cesena, Steve von Bergen puas hati pasukannya berjaya bersaing selama 70 minit sebelum pertahanan mereka dibolosi Juventus.

Chievo
Penjaga gol Chievo, Stefano Sorrentino puas hati berjaya mencuri mata daripada Atalanta, terutamanya selepas mereka dibelasah oleh AC Milan .

Fiorentina
Fiorentina masih cuba mendapatkan khidmat pemain Santos, Marcos Arouca, tetapi Viola perlu menunggu sehingga selepas Copa Libertadores 2012.

Genoa
Laporan mengatakan bahawa Genoa sanggup menawarkan Rodrigo Palacio kepada Juventus sebagai pertukaran untuk perpindahan Fabio Quagliarella.

Inter Milan
Kapten Nerazzurri, Javier Zanetti mendedahkan bahawa Ricky Alvarez hampir-hampir sertai Arsenal sehinggalah dia memberitahunya mengenai Inter.

Juventus
Laporan mengatakan bahawa Genoa sanggup menawarkan Rodrigo Palacio kepada Juventus sebagai pertukaran untuk perpindahan Fabio Quagliarella.

Lazio
Giuseppe Biava jaringkan golnya yang pertama dalam Serie A untuk Lazio menang di tempat sendiri buat kali ketiga setelah menentang Novara.

Lecce
Pengurus Lecce, Serse Cosmi tiada masalah dengan kontrak jangka pendek di situ dan percaya kelab itu masih boleh mengelakkan penyingkiran.

Napoli
Napoli dilapor sanggup tawarkan EUR12 juta serta 50 peratus kontrak Luca Cigarini sebagai pertukaran untuk pemain Atalanta, Manolo Gabbiadini.

Novara
Giuseppe Biava jaringkan golnya yang pertama dalam Serie A untuk Novara tewas di tempat lawan buat kali yang kelima setelah menentang Lazio.

Palermo
Penjaga gol Palermo, Francesco Benussi bimbang mengenai masalah menjaringkan gol di tempat lawan dan percaya skuadnya terlalu kecut di luar.

Parma
Pemain skuad kebangsaan Itali, Sebastian Giovinco mengaku dia berharap persembahannya untuk Parma akan membawa dia ke kelab yang lebih besar.

Siena
Pengurus Siena, Giuseppe Sannino tidak kesal mengenai kekalahan kepada Bologna yang menjaringkan gol dengan satu-satunya gerakan berbahaya.

Udinese
Agen Samir Handanovic mendakwa bahawa Manchester United dan Bayern Munich telah memerhatikan penjaga gol Udinese itu pada musim panas lalu.

No comments:

Post a Comment