Athletic Bilbao
Penyerang Bilbao, Fernando Llorente dilihat meletakkan ais pada lututnya selepas sesi latihan, tetapi dijangka boleh turun menentang Albacete.
Atletico Madrid
Bekas pemain Leeds Utd, Elliot Kebbie telah melengkapkan perpindahannya ke Atletico dan pemain itu mengaku ia adalah peluang baik untuknya.
Barcelona
Pemain muda, Thiago Alcantara yakin yang Barcelona boleh menang tiga piala pada musim ini, tetapi sedar bahawa ia adalah matlamat yang sukar.
Espanyol
Cristian Alvarez percaya pemain skuad simpanan Espanyol adalah berkualiti tinggi, berikutan sumbangan mereka kepada skuad utama pada musim ini.
Getafe
Pengurus Getafe, Luis Garcia mengaku keadaan telah menghalang dia daripada menurunkan barisan pemain yang sama untuk 16 perlawanan musim ini.
Granada
Pengerusi, Quique Pina gembira Granada telah menyesuaikan diri dalam La Liga dan situasi ekonomi kelab itu juga berubah menjadi lebih bagus.
Levante
Berita baik untuk pengurus Levante, Juan Ignacio Martinez kerana dia mempunyai pilihan yang lengkap untuk perlawanan mereka menentang Alcorcon.
Malaga
Salomon Rondon berharap dapat menamatkan kemarau golnya dan enggan menolak kemungkinan Malaga melayakkan diri ke pertandingan Liga Juara-juara.
Osasuna
Damia yakin Osasuna sudah berubah sejak pertemuan terakhir mereka menentang Barcelona dan lebih bersedia untuk menghadapi mereka di dalam Copa.
Racing Santander
Keadaan padang milik Racing Santander yang teruk telah menyaksikan Christian dan Ariel Nahuelpan mengalami kecederaan ketika menjalani latihan.
Rayo Vallecano
Pengurus Rayo, Jose Ramon Sandoval mendakwa bahawa Emiliano Armenteros sanggup menyertai kelabnya, tetapi ia masih bergantung kepada Sevilla.
Real Betis
Pengurus Real Betis, Pepe Mel dijangka tidak akan berjaya mendapatkan sasaran utamanya, Ricardo Costa kerana Valencia enggan melepaskannya.
Real Madrid
Pemain sayap Real Madrid, Angel Di Maria mungkin akan terlepas perlawanan menentang Malaga kerana ototnya terkoyak ketika menjalani latihan.
Real Mallorca
Pengurus Real Mallorca, Joaquin Caparros menetapkan sasaran untuk menjaringkan sekurang-kurangnya satu gol bila menentang Sociedad di Anoeta.
Real Sociedad
Penyerang, Carlos Vela yakin Sociedad mempunyai pemain yang cukup untuk menangani dua pertandingan menjelang perlawanan Copa menentang Mallorca.
Real Zaragoza
Michel menegaskan yang dia belum menandatangani kontrak dengan Real Zaragoza, tetapi dia tidak menolak kemungkinan akan menyertai kelab itu.
Sevilla
Pengurus Rayo, Jose Ramon Sandoval mendakwa bahawa Emiliano Armenteros sanggup menyertai kelabnya, tetapi ia masih bergantung kepada Sevilla.
Sporting Gijon
Presiden Sporting Gijon, Manuel Vega mengaku dia tidak suka dengan pasaran musim sejuk kerana kebanyakan pemain adalah sisa buangan kelab lain.
Valencia
Real Beti dijangka tidak akan berjaya mendapatkan sasaran utamanya, Ricardo Costa kerana pengurus Valencia, Unai Emery enggan melepaskannya.
Villarreal
AS Roma dikatakan sedang menyediakan tawaran bernilai EUR15 juta untuk cuba meyakinkan Villarreal supaya melepaskan Nilmar pada bulan Januari.
No comments:
Post a Comment