Monday, December 12, 2011

EPL

Arsenal
Arsene Wenger telah menegaskan bahawa dia tiada rancangan untuk mendapatkan khidmat pemain tengah Lyon, Yoann Gourcuff pada bulan Januari.

Aston Villa
Pengurus Aston Villa, Alex McLeish percaya keinginan besar untuk menang telah membantu pasukannya untuk menewaskan Bolton hujung minggu lalu.

Blackburn
Pemilik Blackburn, Venky's menafikan laporan yang mendakwa masa depan kelab itu terancam kerana pihak bank mendesak mereka bayar GBP10 juta.

Bolton
Zat Knight percaya skuad Bolton perlu bermain dengan garang jika mahu mengubah nasib mereka dan mula bergerak naik dalam carta Liga Premier.

Chelsea
Frank Lampard jaringkan golnya yang ke-7 dalam Liga Premier untuk Chelsea menang di tempat sendiri buat kali ke-6 setelah bertemu Man City.

Everton
Phil Neville menegaskan bahawa Everton mempunyai kualiti untuk membuat hantaran lebih bagus kepada penyerang yang kurang menjaringkan gol.

Fulham
Pemain tengah Fulham, Simon Davies yang baru pulih dari cedera berharap dia akan turunkan dalam perlawanan penting bertemu Odense dan Bolton.

Liverpool
Liverpool sedang mendahului persaingan untuk pemain Wycombe, Jordan Ibe yang juga menjadi sasaran Manchester City, United serta Tottenham.

Manchester City
Frank Lampard jaringkan golnya yang ke-7 dalam Liga Premier untuk Man City tewas di tempat lawan buat kali pertama setelah menentang Chelsea.

Manchester United
Manchester United dilaporkan berminat mengambil pemain muda PSV, Jetro Willems yang dianggap sebagai penganti jangka-panjang Patrice Evra.

Newcastle United
Pengurus, Alan Pardew berharap Fabricio Coloccini dan Chieck Tiote boleh menentang Swansea - tetapi mengaku Mike Williamson belum lagi pulih.

Norwich City
Kapten, Grant Holt gembira dengan kemenangan ke atas Newcastle dan gesa Norwich jadikan Carrow Road sebagai kubu jika mahu kekal dalam liga.

Queens Park Rangers
Peterborough mungkin melepaskan penjaga gol, Joe Lewis kepada QPR pada bulan Januari atau tidak menerima sebarang wang pada musim panas nanti.

Stoke City
Pemain pertahanan, Jonathan Woodgate percaya Stoke ada dua faktor utama yang membantu - semangat berpasukan dan stadium yang sukar ditawan.

Sunderland
Sebastian Larsson berharap gol kemenangan saat akhir ketika Sunderland menentang Blackburn akan membantu melancarkan semula kempen mereka.

Swansea City
Penjaga gol, Michel Vorm berkata kejayaannya menyelamatkan beberapa penalti adalah hasil daripada kajian yang dibuatnya ketika di luar padang.

Tottenham
Luka Modric mengaku bahawa prestasi buruk pada babak pertama di Stoke merugikan Tottenham, tetapi itu tidak bermakna mereka sepatutnya tewas.

West Brom
Steven Reid menggariskan bahawa West Brom bermain dengan baik dan menyalahkan dirinya sendiri kerana memberikan gol kemenangan kepada Wigan.

Wigan Athletic
Kapten Wigan, Gary Caldwell percaya pasukannya kini mula menjana momentum menjelang perlawanan menentang beberapa kelab besar Liga Premier.

Wolverhampton
Stephen Ward berkata Wolves mahu menang kedua-dua perlawanan di tempat sendiri menentang Stoke dan Norwich bagi membantu menaiki carta liga.

No comments:

Post a Comment