AC Milan
Penyerang AC Milan, Zlatan Ibrahimovic mendedahkan bahawa pengurus, Max Allegri telah memberikannya kebebasan untuk bergerak di atas padang.
AS Roma
Luis Enrique menegaskan bahawa dia bukanlah seorang diktator kerana menggugurkan Daniel Osvaldo, tetapi peraturan di AS Roma perlu dipatuhi.
Atalanta
Pengurus Atalanta, Stefano Colantuono akan beri peluang kepada Bonaventura untuk memulakan perlawanan kerana Schelotto digantung perlawanan.
Bologna
Pengurus Bologna, Stefano Pioli memberitahu pemainnya supaya memastikan kemenangan ke atas Siena kerana mereka berhutang dengan penyokong.
Cagliari
Pengurus Cagliari, Davide Ballardini bimbang mengenai perangkap di Massimino dan mengesahkan yang Biondini serta Rui Sampaio boleh bermain.
Catania
Pengurus, Vincenzo Montella berharap Catania telah berlajar daripada kesilapan Coppa Italia dan umum yang Maxi Lopez berada dalam skuadnya.
Cesena
Pengurus Cesena, Daniele Arrigoni mengesahkan bahawa Ghezzal akan turun menentang Juve, tetapi belum pasti sama ada Candreva akan bermain.
Chievo
Penjaga gol Chievo, Stefano Sorrentino akui kekuatan Atalata, tetapi menggesa pasukannya supaya jangan gentar dan cuba mendominasi perlawanan.
Fiorentina
Pengurus Fiorentina, Delio Rossi beri amaran kepada pasukannya supaya berikan tumpuan, berikutan minggu yang diselubungi dengan kontroversi.
Genoa
Presiden, Enrico Preziosi mahukan hukuman yang lebih berat berikutan masalah penyokong yang timbul, tetapi akui Genoa perlukan stadium baru.
Inter Milan
Mauricio Isla jaringkan golnya yang ketiga dalam Serie A untuk Inter tewas di tempat sendiri buat kali yang ketiga setelah menentang Udinese.
Juventus
Laporan mengatakan Juventus telah mencapai persetujuan untuk membeli pemain Hamburg, Dennis Aogo dengan harga EUR7 juta pada bulan Januari.
Lazio
Pemain Lazio, Senad Lulic menegaskan bahawa pasukannya belum putus asa untuk mara dalam Liga Europa dan berazam untuk tewaskan Sporting CP.
Lecce
Edinson Cavani jaringkan golnya yang ketujuh dalam Serie A untuk Lecce tewas di tempat lawan buat kali yang keempat setelah menentang Napoli.
Napoli
Edinson Cavani jaringkan golnya yang ketujuh dalam Serie A untuk Napoli menang di tempat sendiri buat kali ketiga setelah menentang Lecce.
Novara
Novara dilapor sudah hampir mencapai persetujuan dengan penyerang Zurich, Admir Mehmedi yang juga menjadi sasaran kelab Cesena dan Palermo.
Palermo
Presiden, Maurizio Zamparini mula hilang sabar dengan Palermo dan beri amaran supaya pemainnya mengubah sikap ketika bermain di tempat lawan.
Parma
Pengurus Parma, Franco Colomba menggesa pasukannya supaya melupakan Novara dan pastika mereka menentang Palermo dengan bijak dan keazaman.
Siena
Pengurus, Giuseppe Sannino mengaku Siena perlu membuat keputusan yang lebih baik di saat genting, kerana persembahan mereka sudah cukup bagus.
Udinese
Mauricio Isla jaringkan golnya yang ketiga dalam Serie A untuk Udinese menang di tempat lawan buat kali kedua setelah menentang Inter Milan.
No comments:
Post a Comment