Tuesday, December 6, 2011

EPL

Arsenal
Yossi Benayoun jaringkan golnya yang pertama dalam Liga Juara-juara tetapi Arsenal tetap tewas buat kali pertama setelah bertemu Olympiakos.

Aston Villa
Pengurus Aston Villa, Alex McLeish berkata penyerang, Darren Bent perlukan hantaran yang lebih baik untuk kembali menjaringkan banyak gol.

Blackburn
Penyerang Blackburn, Ayegbeni Yakubu yakin dia boleh menjaringkan lebih banyak gol untuk membawa Rovers keluar dari kemelut di dasar liga.

Bolton
Pemain pertahanan Bolton, Gary Cahill berjaya mengelakkan penggantungan selepas kad merah yang diterima ketika menentang Tottenham dibatalkan.

Chelsea
Didier Drogba jaringkan golnya yang ketiga dalam Liga Juara-juara untuk Chelsea menang kali ketiga dalam kumpulan E setelah bertemu Valencia.

Everton
Everton dilapor sedang menyediakan tawaran untuk mengambil penyerang Bayern Munich, Ivica Olic yang terdesak untuk bermain dengan lebih kerap.

Fulham
Pertahanan Fulham, John Arne Riise enggan mengutuk pemain Liverpool, Luis Suarez kerana menjatuhkan diri adalah sebahagian daripada permainan.

Liverpool
Liverpool dilapor serius mahu mendapatkan penyerang Bologna, Gaston Ramirez dan mungkin sanggup membayar EUR16 juta yang diminta kelab itu.

Manchester City
Pengurus Newcastle, Alan Pardew dilapor akan membuat tawaran untuk pemain Man City, Kolo Toure yang mungkin dijual dengan harga GBP4 juta.

Manchester United
Kapten Basel, Marco Streller menuduh Manchester Utd telah memandang ringan pasukannya dalam perlawanan mereka sebelum ini di Old Trafford.

Newcastle United
Pengurus Newcastle, Alan Pardew dilapor akan membuat tawaran untuk pemain Man City, Kolo Toure yang mungkin dijual dengan harga GBP4 juta.

Norwich City
Pemain tengah Norwich, Andrew Crofts ramal penjaga gol, John Ruddy akan bangun semula selepas membuat kesilapan ketika menentang Man City.

Queens Park Rangers
Penyerang QPR, Jay Bothroyd menegaskan bahawa pasukannya perlu bermain dengan yakin dan tanpa gentar dalam jadual sukar bulan Disember ini.

Stoke City
Pemain pertahanan Stoke, Robert Huth mengesahkan bahawa dia mahu melanjutkan kontraknya dan kekal bersama Potters untuk jangka masa panjang.

Sunderland
Pengurus Sunderland, Martin O'Neill mendakwa yang dia menerima jawatan di kelab itu tanpa berbincang mengenai dana untuk mengambil pemain.

Swansea City
Swansea dijangka akan hantar beberapa orang pemain pinggiran kepada ADO Den Haag sebagai pertukaran untuk Christiaan Kum dan Jens Toornstra.

Tottenham
Rafael van der Vaart tidak marahkan Harry Redknapp kerana meletakkannya di bangku simpanan dan mahu merampas tempatnya kembali minggu ini.

West Brom
Pengurus West Brom, Roy Hodgson akan bersikap terbuka tentang Tim Ream setelah pemain pertahanan Amerika itu memulakan ujiannya di kelab itu.

Wigan Athletic
Pengurus, Roberto Martinez mengesahkan bahawa penyerang Blackpool, Callum McManaman akan kembali ke kelab induknya, Wigan pada bulan Januari.

Wolverhampton
Mick McCarthy mungkin akan cuba mendapatkan pemain simpanan Arsenal pada bulan Januari nanti dalam usaha menguatkan bahagian tengah Wolves.

No comments:

Post a Comment