Friday, December 9, 2011

Serie A

AC Milan
Newcastle dilaporkan bakal menawarkan EUR1 juta untuk meminjamkan khidmat pemain Milan, Taye Taiwo dengan pilihan untuk membelinya Jun nanti.

AS Roma
Roma dilapor mungkin mengalihkan perhatian mereka kepada penyerang Lyon, Lisandro Lopez, sekiranya pihak Giallorossi menjual Marco Borriello.

Atalanta
Atalanta mahu menang buat kali kedua dari lima perlawanan bila mereka bertemu Catania yang tidak mahu tewas di tempat lawan buat kali ketiga.

Bologna
Laporan mengatakan bahawa Bologna adalah sebahagian daripada 3 kelab yang sedang memerhatikan penjaga gol Club Atletico Cerro, Mathias Rolero.

Cagliari
Laporan mengenai hasrat River Plate mendapatkan Joaquinn Larrivey disahkan benar, tetapi Cagliari keberatan melepaskkannya kerana Nene cedera.

Catania
Laporan mengatakan bahawa Catania adalah sebahagian daripada 3 kelab yang sedang memerhatikan penjaga gol Club Atletico Cerro, Mathias Rolero.

Cesena
Laporan mengatakan bahawa Cesena adalah sebahagian daripada 3 kelab yang sedang memerhatikan penjaga gol Club Atletico Cerro, Mathias Rolero.

Chievo
Chievo mahu mengutip mata buat kali kedua dari lima perlawanan bila mereka bertemu Udinese yang menang setiap kali bermain di tempat sendiri.

Fiorentina
Pengurus, Delio Rossi gesa skuad Fiorentina supaya yakin diri bila menentang Inter kerana keputusan perlawanan bergantung kepada sikap mereka.

Genoa
Genoa tidak mahu tewas buat kali ketiga berturut-turut bila mereka menentang Siena yang mahu menang di tempat sendiri buat kali yang keempat.

Inter Milan
Pengurus Inter, Claudio Ranieri mengesahkan bahawa Wesley Sneijder tidak dapat hadapi Fiorentina, tetapi ia hanya sebagai langkah berwaspada.

Juventus
Pengurus Marseille, Didier Deschamps mendedahkan bahawa kelab Ligue 1 itu tidak mahu mengambil penyerang Juventus, Amauri pada bulan Januari.

Lazio
Edy Reja berkata dia tidak kisah dengan apa yang berlaku di kelab lain dan hanya mahu skuad Lazio bermain dengan berani bila bertemu Lecce.

Lecce
Lecce tidak mahu tewas buat kali keempat berturut-turut bila mereka menentang Lazio yang mahu menang di tempat lawan buat kali yang kelima.

Napoli
Pengurus Novara, Attilio Tesser mengaku berminat dengan pemain Napoli, Giuseppe Mascara yang jarang diberikan peluang bermain di San Paolo.

Novara
Pengurus Novara, Attilio Tesser mengaku berminat dengan pemain Napoli, Giuseppe Mascara yang jarang diberikan peluang bermain di San Paolo.

Palermo
Devis Mangia mengingatkan Palermo bahawa mereka perlu mempunyai semangat yang betul dan bekerja lebih keras daripada lawan, jika mahu menang.

Parma
Parma mahu menang buat kali yang kedua dari lima perlawanan bila menentang Cagliari yang hanya mampu menjaringkan tiga gol di tempat sendiri.

Siena
Siena tidak mahu tewas buat kali ketiga berturut-turut bila mereka turun menentang Genoa yang mahu menang di tempat lawan buat kali kedua.

Udinese
Penyerang Udinese, Antonio Floro Flores mengaku prestasinya tidak cukup bagus, dan berazam menjaringkan gol sebagai jawaban kepada pengkritik.

No comments:

Post a Comment