Wednesday, December 14, 2011

La Liga

Athletic Bilbao
Jon Aurtenetxe dan David Lopez jaringkan gol tetapi gagal halang Bilbao daripada alami kekalahan tunggal dalam kumpulan F setelah bertemu PSG.

Atletico Madrid
Pengurus Atletico, Manzano membidas pihak media kerana memperbesarkan segala situasi negatif dan tidak pernah menyentuh perkara yang positif.

Barcelona
Pengurus, Pep Guardiola menafikan yang Barcelona bakal menjual penyerang, David Villa kepada tawaran yang paling tinggi pada bulan Januari.

Espanyol
Pemain pertahanan Espanyol, Juan Forlin percaya keputusan seri dengan Celtic adalah bagus, walaupun peluang untuk memenanginya masih 50-50.

Getafe
Luis Garcia percaya Getafe tidak sepatutnya tewas dalam pertemuan pertama dengan Malaga kerana pasukannya telah bermain dengan lebih baik.

Granada
Pengurus Granada, Fabri Gonzalez kecewa tewas dalam pertemuan pertama dengan Sociedad dan akui 10 minit pertama menentukan perlawanan itu.

Levante
Pengurus Levante, Juan Ignacio Martinez berkata satu-satunya perbezaan antara skuadnya dan Deportivo adalah kualiti penyerang pihak lawan.

Malaga
Pengurus, Manuel Pellegrini mengaku kedua-dua pasukan telah bermain dengan teruk, tetapi puas hati Malaga tidak melepaskan gol kepada Getafe.

Osasuna
Dejan Lekic berharap prestasinya ketika bertemu Almeria akan ubah situasinya di Osasuna, tetapi tidak menolak kemungkinan keluar bulan depan.

Racing Santander
Pengurus Racing, Juanjo Gonzalez menegaskan bahawa skuadnya berhak mendahului Rayo, walaupun mengaku pasukannya bermain dengan 'berselerak'.

Rayo Vallecano
Pengurus Rayo, Sandoval marah kerana mereka tewas dalam pertemuan pertama menentang Racing, terutamanya dengan cara skuadnya melepaskan gol.

Real Betis
Penyerang, Jorge Molina mengaku Betis tidak cukup bagus ketika menentang Cordoba, tetapi menegaskan bahawa mereka belum putus asa dalam Copa.

Real Madrid
Florentino Perez berkata perlantikan Jose Mourinho sebagai pengurus adalah keputusan paling penting yang pernah dilakukannya di Real Madrid.

Real Mallorca
Pengurus, Joaquin Caparros berkata Mallorca telah mencipta lebih banyak peluang berbanding Gijon, tetapi hanya tidak dapat menjaringkan gol.

Real Sociedad
Pemain pertahanan Real Sociedad, Inigo Martinez yang telah dikaitkan dengan Liverpool, menegaskan bahawa dia tidak mahu keluar dari kelab itu.

Real Zaragoza
Real Zaragoza mengesahkan bahawa kelab itu akan mengambil pemain baru pada bulan Januari nanti bagi membantu mereka keluar dari zon bahaya.

Sevilla
Frederic Kanoute mengesahkan bahawa Anzhi telah membuat tawaran, tetapi tegaskan yang dia tidak mahu meninggalkan Sevilla pada bulan Januari.

Sporting Gijon
Manolo Preciado puas hati dengan prestasi Gijon ketika menentang Mallorca, terutamanya kerana ada 3 pemain remaja dalam skuad perlawanan itu.

Valencia
Pengurus Valencia, Unai Emery mengaku pasukannya perlu menyaingi sikap Cadiz bila mereka bertemu buat kali yang kedua di dalam Copa del Rey.

Villarreal
Penyerang Villarreal, Giuseppe Rossi optimistik yang dia boleh pulih dan menyertai pasukan kebangsaan Itali sebelum pertandingan Euro 2012.

No comments:

Post a Comment