Athletic Bilbao
Athletic Bilbao mengumumkan bahawa mereka telah memperbaharui kontrak pemain tengah, Inigo Perez yang kini terikat di San Mames sehingga 2015.
Atletico Madrid
Pemain tengah Metalist Kharkiv, Jose Sosa mengaku dia mengalukan peluang menyertai kelab utama Eropah, setelah dia dikaitkan dengan Atletico.
Barcelona
Barcelona mahu mengambil Oriol Romeu daripada Chelsea bagi mengisi kekosongan yang bakal ditinggalkan oleh Seydou Keita pada hujung musim ini.
Espanyol
Espanyol dilapor sedang mempertimbangkan tawaran untuk penyerang Fiorentina, Alessio Cerci yang telah menjaringkan 3 gol dalam 11 perlawanan.
Getafe
Malaga mahukan penjaga gol baru dan sedang mempertimbangkan Carlos Kameni daripada Espanyol atau Jordi Codina dan Oscar Ustari dari Getafe.
Granada
Kapten Granada, Manuel Lucena mengaku 3 tahun lalu kelab itu berada dalam situasi yang begitu teruk mereka tidak berani mengimpikan La Liga.
Levante
Kapten Levante, Sergio Ballesteros telah bermain 35 daripada 38 perlawanan dalam tahun 2011 - menjadikannya antara veteran yang paling aktif.
Malaga
Malaga mahukan penjaga gol baru dan sedang mempertimbangkan Carlos Kameni daripada Espanyol atau Jordi Codina dan Oscar Ustari dari Getafe.
Osasuna
Osasuna akan memulakan latihan pada hari Khamis tanpa Nekounam, Lamah, Ibrahima, Raitala, Ricardo dan Reka yang telah dibenarkan pulang lewat.
Racing Santander
Sevilla dilapor telah mengenalpasti pemain pertahanan Racing, Alvaro sebagai pengganti untuk Martin Caceres yang bakal menyertai Juventus.
Rayo Vallecano
Penyerang Philadelphia Union, Freddy Adu akan berlatih bersama Rayo Vallecano selama dua minggu dalam usaha pemain itu meneruskan kemajuannya.
Real Betis
Real Betis mungkin perlu melupakan hasrat mendapatkan pemain Wigan, Mohamed Diame kerana yuran EUR4 juta adalah terlalu mahal bagi mereka.
Real Madrid
Pihak Chelsea berminat mendapatkan khidmat penyerang Real Madrid, Gonzalo Higuain yang kini menjadi pilihan kedua di belakang Karim Benzema.
Real Mallorca
Penyerang Nigeria, Marvin Ogunjimi mungkin membuat kemunculan pertamanya untuk Real Mallorca dalam perlawanan Copa menentang Real Sociedad.
Real Sociedad
Bintang Sociedad, Antoine Griezmann mengaku dia gembira kini mendapat sokongan peminat semula, setelah disisih kerana mahu menyertai Atletico.
Real Zaragoza
Pemain tengah Real Zaragoza, Leo Ponzio mengaku dia teruja mengenai kemungkinan kembali ke River Plate dan berada hampir dengan keluarganya.
Sevilla
Sevilla dilapor telah mengenalpasti pemain pertahanan Racing, Alvaro sebagai pengganti untuk Martin Caceres yang bakal menyertai Juventus.
Sporting Gijon
Sporting Gijon sedang berunding dengan Juventus dalam usaha mendapatkan Marco Motta dengan pilihan untuk membelinya pada musim panas nanti.
Valencia
Valencia dilapor sudah hampir berjaya mencapai persetujuan untuk menyambung kontrak pemain tengah, Ever Banega sehingga tahun 2015 atau 2016.
Villarreal
Agen Nilmar mendedahkan bahawa Roma telah membuat tawaran untuk penyerang itu, tetapi Villarreal mahu kekalkannya sehingga kontraknya tamat.
No comments:
Post a Comment