Thursday, December 15, 2011

La Liga

Athletic Bilbao
Pengurus Bilbao, Marcelo Bielsa puas hati dengan peningkatan prestasi pemain pinggirannya, walaupun mereka tewas kepada Paris Saint Germain.

Atletico Madrid
Atletico mara ke peringkat kalah mati setelah Alvaro Domiguez jaringkan golnya yang pertama dalam Liga Europa untuk menewaskan Stade Rennes.

Barcelona
Direktor sukan Barcelona, Andoni Zubizarreta enggan menyatakan sama ada Barcelona akan mencari pengganti untuk David Villa yang tercedera.

Espanyol
Didac Vila beri amaran kepada Espanyol mengenai ancaman bahagian tengah Sporting Gijon dan mahu skuadnya beri tumpuan daripada minit pertama.

Getafe
Pemain tengah Getafe, Pedros Rios mengumumkan bahawa pasukannya menyokong Miku dan tidak mengerti mengapa penyokong mencemuh penyerang itu.

Granada
Granada mengesahkan bahawa Diego Mainz dan Hassan Yebda tidak dapat menentang Levante kerana kedua-duanya belum kembali menjalani latihan.

Levante
Pemain tengah Levante, Jose Barkero gesa pasukannya mengambil kesempatan terhadap peluang yang unik dan menewaskan Malaga hujung minggu ini.

Malaga
Penyerang, Sebastian Fernandez mengaku peluang untuk Malaga menang telah meningkat kerana bintang Valencia, Roberto Soldado telah digantung.

Osasuna
Pemain tengah, Xavier Annunziata mengharapkan lebih banyak peluang dalam La Liga, tetapi mengaku skuad Osasuna ketika ini bermain dengan baik.

Racing Santander
Racing berada di tempat ke-11 dalam carta Fairplay dengan 48 mata penalti setelah dilayangkan 44 kad kuning dan 2 kad merah pada musim ini.

Rayo Vallecano
Penyerang Rayo, Lass Bangoura kembali ke Guinea untuk menyelesaikan masalah permit dan dijangka hanya dapat kembali selepas Tahun Baru nanti.

Real Betis
Penyerang Betis, Roque Santa Cruz berpendapat bahawa kemarahan pengurus, Pepe Mel mungkin dapat membantu skuadnya menunjukkan reaksi positif.

Real Madrid
Luis Figo membidas semua yang mengkritik persembahan Cristiano Ronaldo ketika menentang Barcelona dan menuduh mereka tidak memahami bolasepak.

Real Mallorca
Real Mallorca yang kesempitan wang menyatakan rasa kesal atas tindakan tidak bertanggungjawab membayar EUR1.7 juta untuk Alejandro Alfaro.

Real Sociedad
Xabi Prieto percaya dia bernasib baik menjaringkan gol ketika menentang Granada dan ia adalah suntikan baik sebelum perlawanan bertemu Racing.

Real Zaragoza
Berita buruk untuk Zaragoza setelah David Mateos disahkan tidak dapat beraksi selama sebulan kerana ototnya terkoyak ketika bertemu Alcorcon.

Sevilla
Agen Martin Caceres membakar spekulasi mengenai pemain Sevilla itu setelah mengaku berbesar hati Juventus sekali lagi berminat mendapatkannya.

Sporting Gijon
Pengurus Sporting Gijon, Manolo Preciado mungkin menurunkan Alberto Lora ketika bertemu Espanyol setelah pemain itu kembali menjalani latihan.

Valencia
Jordi Alba berkata Valencia tidak menghadapi tekanan walaupun rekod kurang bagus kebelakangan ini, tetapi berazam mengubah dinamik pasukan.

Villarreal
Javier Camunas mengaku kehilangan 7 orang pemain kepada kecederaan menjejaskan prestasi Villarreal kerana pemain tiada saingan dalam skuad.

No comments:

Post a Comment