Saturday, December 31, 2011

Serie A

AC Milan
Adriano Galliani sedang mempertimbangkan keputusan mengambil pemain Inter, Christian Chivu bagi menyelesaikan masalah sayap kiri di AC Milan.

AS Roma
AS Roma dikatakan sedang menyediakan tawaran bernilai EUR15 juta untuk cuba meyakinkan Villarreal supaya melepaskan Nilmar pada bulan Januari.

Atalanta
Pemain pertahanan Atalanta, Federico Peluso yakin pasukannya boleh menggunakan kelebihan bermain di tempat sendiri untuk mengejutkan AC Milan.

Bologna
Juventus dilapor mungkin akan meminjamkan khidmat pemain, Frederik Sorensen kepada Bologna atau Palermo, supaya dia boleh menimba pengalaman.

Cagliari
Cagliari dilapor masih berada di peringkat awal rundingan untuk perpindahan Davide Biondini ke Genoa - yang mungkin menelan belanja EUR7 juta.

Catania
Catania bergerak pantas mencari pengganti penjaga gol, Mariano Andujar dan bakal membuat tawaran untuk Adrian Gabbarini dari Independiente.

Cesena
Cesena mengaku ada kemungkinan pemain Napoli, Mario Santana akan sertai kelab itu, tetapi semua rundingan ditangguhkan sehingga minggu hadapan.

Chievo
Chievo dilapor berminat untuk membeli separuh daripada kontrak pemain tengah Napoli, Jacopo Dezi, tetapi belum ada tawaran rasmi yang dibuat.

Fiorentina
Penyerang Juventus, Amauri mengaku dia teringin menggantikan tempat Alberto Gilardino di Fiorentina dan sanggup menerima gaji lebih rendah.

Genoa
Direktor sukan Genoa, Massimo Capozucca dilapor telah mengalihkan perhatiannya kepada usaha membeli pemain pertahanan Parma, Cristian Zaccardo.

Inter Milan
Inter Milan dilapor telah mencapai persetujuan dengan Naldo, tetapi mereka masih mengadakan rundingan dengan Werder mengenai perpindahannya.

Juventus
Penyerang Juventus, Amauri mengaku dia teringin menggantikan tempat Alberto Gilardino di Fiorentina dan sanggup menerima gaji lebih rendah.

Lazio
Lazio dilapor sedang mempertimbangkan tawaran untuk penyerang Cologne, Lukas Podolski yang boleh menjadi pasangan ideal untuk Miroslav Klose.

Lecce
Lecce dilapor gagal meyakinkan pemain sayap belakang Modena, Erminio Rullo untuk keluar dari Alberto Braglia, di mana dia adalah pemain tetap.

Napoli
Novara dilapor telah berjaya mengikat perjanjian untuk pemain Napoli, Leandro Rinaudo yang akan menjalani pemeriksaan perubatan pada hari Isnin.

Novara
Novara dilapor telah berjaya mengikat perjanjian untuk pemain Napoli, Leandro Rinaudo yang akan menjalani pemeriksaan perubatan pada hari Isnin.

Palermo
Juventus dilapor mungkin akan meminjamkan khidmat pemain, Frederik Sorensen kepada Palermo atau Bologna, supaya dia boleh menimba pengalaman.

Parma
Direktor sukan Genoa, Massimo Capozucca dilapor telah mengalihkan perhatiannya kepada usaha membeli pemain pertahanan Parma, Cristian Zaccardo.

Siena
Pengurus Siena, Giuseppe Sannino menegaskan bahawa keutamaan mereka adalah pengurangkan jumlah pemain sebelum berfikir mengenai pemain baru.

Udinese
Udinese telah mencapai persetujuan meminjam khidmat pemain tengah Saint-Etienne, Gelson Fernandes dengan pilihan untuk membelinya kemudian.

No comments:

Post a Comment