Monday, December 19, 2011

Serie A

AC Milan
Naib presiden AC Milan, Adriano Galliani menegaskan bahawa tiada risiko pengurus, Massimiliano Allegri akan keluar pada musim panas nanti.

AS Roma
Setelah gagal mendapatkan Nilmar pada musim panas, agen penyerang Villarreal itu berkata Roma sudah hampir berjaya mengikat kontrak dengannya.

Atalanta
Contini, Aronica dan Santacroce adalah calon untuk menggantikan pemain Atalanta, Daniele Capelli yang tidak lagi dapat bermain pada musim ini.

Bologna
Walter Mazzarri mungkin benarkan Giuseppe Mascara untuk keluar dari Napoli Januari ini, dan Bologna serta Novara dilapor mahu mengambilnya.

Cagliari
Udinese dilapor mungkin meminjamkan Diego Fabbrini kepada Cagliari atau Chievo supaya dia boleh menimba pengalaman bermain dalam skuad utama.

Catania
Pietro Lo Monaco berkata terdapat 90 peratus kemungkinan yang Catania akan jual Maxi Lopez Januari ini - tetapi tidak semestinya kepada Milan.

Cesena
Pengurus Cesena, Daniele Arrigoni perlu turun tanpa Gianluca Comotto untuk perlawanan seterusnya setelah pemain itu digantung satu perlawanan.

Chievo
Udinese dilapor mungkin meminjamkan Diego Fabbrini kepada Chievo atau Cagliari supaya dia boleh menimba pengalaman bermain dalam skuad utama.

Fiorentina
Fiorentina dilapor sedang memerhatikan pemain Indipendente, Leo Butter, akan tetapi kelab dari Argentina itu mahu mengekalkan pemain muda itu.

Genoa
Direktor sukan Genoa, Stefano Capozucca mengesahkan bahawa kelab itu mahu mencari pemain tengah yang baru dalam pasaran bulan Januari nanti.

Inter Milan
Presiden Inter, Massimo Moratti mencadangkan bahawa dia akan menyediakan dana untuk pasaran musim sejuk jika pengurusnya mahukan pemain baru.

Juventus
Juventus dilapor telah bertanyakan maklumat tentang pemain tengah Roma, Leandro Greco untuk memahami lebih jelas mengenai situasi pemain itu.

Lazio
Auxerre akan pertimbangkan tawaran untuk meminjam khidmat penyerang Lazio, Djibril Cisse selama enam bulan dalam pasaran bulan Januari nanti.

Lecce
Pengurus Lecce, Serse Cosmi mengaku dia berasa kecewa seri dengan Parma dan mendakwa pemainnya takut dan agak malang mencicirkan dua mata.

Napoli
Napoli mungkin tidak dapat menurunkan Ezequiel Lavezzi dalam empat perlawanan seterusnya setelah mengalami masalah otot ketika bertemu Roma.

Novara
Walter Mazzarri mungkin benarkan Giuseppe Mascara untuk keluar dari Napoli Januari ini, dan Novara serta Bologna dilapor mahu mengambilnya.

Palermo
Bortolo Mutti mendakwa bahawa dia masih belum dihubungi oleh Palermo mengenai jawatan pengurus yang kosong, berikutan pemecatan Devis Mangia.

Parma
Pengurus Parma, Franco Colomba tidak dapat menurunkan Stefano Morrone dan Gabriel Paletta dalam perlawanan seterusnya kerana mereka digantung.

Siena
Penjaga gol Siena, Zeljko Brkic berkata dia tiada rancangan untuk keluar dari Itali, berikutan berita yang mengatakan Spurs mahu mengambilnya.

Udinese
Pengurus Udinese, Francesco Guidolin berkata dia sentiasa menggilirkan barisan pasukannya kerana dia perlu mengekalkan kecergasan pemain tua.

No comments:

Post a Comment