Wednesday, December 14, 2011

EPL

Arsenal
Arsenal dan Palermo dilapor bersedia untuk bersaing bagi mendapatkan penyerang Hannover, Mohammed Abdellaoue yang dianggar bernilai EUR5 juta.

Aston Villa
Penolong pengurus Aston Villa, Peter Grant menafikan khabar angin yang mengatakan Nathan Delfouneso mahu sertai Martin O'Neill di Sunderland.

Blackburn
Scott Dann menggesa pasukan Blackburn Rovers supaya bersatu-padu dalam usaha kelab itu untuk keluar daripada zon penyingkiran Liga Premier.

Bolton
Direktor sukan New York Bulls, Erik Soler memberitahu Bolton dan West Brom supaya melupakan semua hasrat mereka untuk mendapatkan Tim Ream.

Chelsea
Chelsea melabelkan laporan yang mengatakan mereka bakal menjual Fernando Torres pada bulan Januari dengan harga GBP20 juta, sebagai mengarut.

Everton
Everton menyertai Swansea dalam persaingan mendapatkan pemain Cliftonville, Rory Donnelly dan akan membuka rundingan dalam masa 24 jam lagi.

Fulham
Clint Dempsey dan Kerim Frei berjaya jaringkan gol tetapi Fulham masih tersingkir daripada Liga Europa selepas hanya mampu seri dengan Odense.

Liverpool
Liverpool dilapor sedang mempertimbangkan tawaran bernilai GBP10 juta untuk pemain Ajax, Miralem Sulejmani dalam usaha mencari penyerang baru.

Manchester City
Presiden, Silvio Berlusconi memberitahu penyerang Man City, Carlos Tevez supaya mengejar impian dan menyertai Milan dan bukannya wang di PSG.

Manchester United
Marcel Brands menegaskan bahawa PSV tidak akan menjual pemain sasaran Man Utd, Dries Mertens hanya selepas 6 bulan dia menyertai kelab itu.

Newcastle United
Agen Davide Santon berharap Fiorentina akan cuba mendapatkan pemain Newcastle itu pada masa hadapan supaya dia boleh kembali bermain di Itali.

Norwich City
Pengurus Norwich, Paul Lambert meramalkan kacau-bilau di dalam pasaran bulan Januari, dalam usahanya mengekalkan Canaries dalam Liga Premier.

Queens Park Rangers
Penjaga gol QPR, Radek Cerny sedar dia akan kehilangan tempatnya di dalam skuad utama jika Paddy Kenny pulih sebelum perlawanan hari Ahad ini.

Stoke City
Ricardo Fuller jaringkan gol pertamanya dalam Liga Europa, tetapi gagal halang Stoke mengalami kekalahan tunggal dalam kumpulan E di Besiktas.

Sunderland
Penolong pengurus Aston Villa, Peter Grant menafikan khabar angin yang mengatakan Nathan Delfouneso mahu sertai Martin O'Neill di Sunderland.

Swansea City
Swansea sudah hampir berjaya mendapatkan penyerang, Cliftonville, Rory Donnelly, tetapi mereka kini menghadapi saingan daripada kelab Everton.

Tottenham
Pengurus Spartak Moscow, Valery Karpin mengesahkan bahawa kelab itu mahu mendapatkan kembali khidmat penyerang Tottenham, Roman Pavlyuchenko.

West Brom
Pemain pertahanan, Jonas Olsson mengaku tidak pasti sama ada mahu melanjutkan kontraknya di West Brom walaupun dia telah memulakan rundingan.

Wigan Athletic
Pengurus Wigan Athletic, Roberto Martinez umumkan yang Antolin Alcaraz mungkin dapat kembali beraksi dengan lebih awal pada hujung minggu ini.

Wolverhampton
Mick McCarthy berkata Wolves tidak mengalukan sebarang tawaran untuk Steven Fletcher Januari ini kerana dia adalah penting penting kelab itu.

No comments:

Post a Comment