Saturday, December 24, 2011

EPL

Arsenal
Marouane Chamakh menegaskan bahawa dia berkemungkinan besar akan kekal bersama Arsenal bulan depan, tetapi situasinya di situ perlu berubah.

Aston Villa
Penyerang Aston Villa, Darren Bent mengaku dia perlu meningkatkan jumlah gol berbanding perlawanan jika mahu berada di dalam skuad England.

Blackburn
Pengurus Blackburn, Steve Kean berharap pemilik kelab, Venky's akan menyediakan dana untuk dia mendapatkan pemain pertahanan baru bulan depan.

Bolton
Bolton dilapor sedang mendahului tujuh kelab Liga Premier yang lain dalam persaingan mendapatkan khidmat pemain Manchester City, Nedum Onuoha.

Chelsea
Pengurus, Andres Villas-Boas menegaskan bahawa dia tidak akan memanggil Alex yang dibekukan, walaupun Chelsea menghadapi krisis kecederaan.

Everton
Everton mahu mendapatkan pemain pertahanan AEK Athens, Kostas Manolas, tetapi mereka perlu bersaing dnegan Newcastle, Wigan dan Blackburn.

Fulham
Pengurus Fulham, Martin Jol tidak terkejut dengan kejayaan yang dikecapi Andre Villas-Boas kerana percaya bakat lebih penting daripada usia.

Liverpool
Pengurus Liverpool, Dalglish berharap Jay Spearing akan ambil pengajaran setelah dibuang padang, tetapi tidak mahu dia mengubah permainannya.

Manchester City
Naib presiden Milan, Adriano Galliani berkata dia berjanji kepada Carlos Tevez bahawa Rossoneri akan menantinya sehingga hujung bulan Januari.

Manchester United
Pengurus, Sir Alex Ferguson tiada rancangan untuk mencari pemain dalam bulan Januari kerana dia gembira dengan kekuatan skuadnya sekarang.

Newcastle United
Presiden Olympique Lyonnais, Jean-Michel Aulas membayangkan bahawa pemain sasaran Newcastle, Aly Cissokho mungkin boleh keluar Januari ini.

Norwich City
Pengurus Norwich, Paul Lambert percaya Spurs banyak berhutang kepada Harry Redknapp yang telah mengubah mereka menjadi pesaing 4 tempat utama.

Queens Park Rangers
Pengurus Queens Park Rangers, Neil Warnock berkata dia perlukan pemain baru yang boleh memimpin jika mereka mahu kekal dalam Liga Premier.

Stoke City
Tony Pulis hanya mampu ketawakan kelab yang merungut mengenai perkara seperti saiz padang Stoke selepas mereka tewas di Stadium Britannia.

Sunderland
Martin O'Neill ramal Craig Gardner akan menarik banyak tawaran membelinya, tetapi dia belum mahu benarkan pemain itu keluar dari Sunderland.

Swansea City
Pemain pertahanan, Steven Caulker berharap prestasinya yang cemerlang untuk Swansea akan membantu dia memecah masuk skuad utama Tottenham.

Tottenham
Giovani dos Santos akan bertemu dengan Tottenham pada hari Selasa ini untuk berbincang mengenai kemungkinan dia menyertai pasukan Sevilla.

West Brom
Ben Foster mengaku dia didorong oleh pengalaman terburuk di dalam kerjaya bolasepaknya, dalam usahanya kekalkan West Brom dalam Liga Premier.

Wigan Athletic
Kapten Wigan, Gary Caldwell percaya skuad Latics boleh mendapatkan mata buat kali yang pertama dalam sejarah pertemuan mereka dengan Man Utd.

Wolverhampton
David Edwards berharap yang dapat melupakan masalah kecederaannya dan dia dapat kembali beraksi untuk Wolves ketika menentang Arsenal nanti.

No comments:

Post a Comment