Arsenal
Mikel Arteta percaya pemain Arsenal perlu berkongsi tanggungjawab menjaringkan gol dan kebangkitan kelab itu adalah hasil usaha berpasukan.
Aston Villa
Penjaga gol Aston Villa, Shay Given tidak dapat bermain selama sebulan setelah mengalami kecederaan paha ketika menentang Manchester United.
Blackburn
Pengurus Blackburn, Steve Kean umumkan bahawa dia mahu mencari penyerang serta pemain tengah baru, serta mensasarkan 10 tempat teratas liga.
Bolton
Owen Coyle mempunyai hubungan yang baik dengan lembaga kelab Bolton, setelah pengerusi, Phil Gartside mengumumkan keyakinan penuh terhadapnya.
Chelsea
Chelsea dilapor bersedia untuk melepaskan beberapa pemain pada bulan depan dan Saloman Kalou telah dikaitkan dengan perpindahan ke Marseille.
Everton
Pengurus, David Moyes mengaku mahu mendapatkan pemain yang kreatif untuk skuad Everton, sekiranya dia mempunyai dana untuk berbuat demikian.
Fulham
Clint Dempsey jaring golnya yang keempat dalam Liga Premier untuk Fulham menang di tempat sendiri buat kali kedua setelah bertemu Liverpool.
Liverpool
Clint Dempsey jaring golnya yang keempat dalam Liga Premier untuk Liverpool tewas di tempat lawan buat kali ketiga setelah menentang Fulham.
Manchester City
Agen Carlos Tevez berkata masih terdapat beberapa isu yang perlu diatasi, tetapi mendakwa yang pemain Man City itu mahu berpindah ke AC Milan.
Manchester United
Phil Jones tidak kisah digunakan di pelbagai posisi dalam skuad Manchester Utd, tetapi berharap akan mempunyai posisi tetap pada masa hadapan.
Newcastle United
Pertahanan Newcastle, Steven Taylor amat kecewa mungkin tidak dapat bermain lagi musim ini, tetapi tidak akan tergesa-gesa untuk pulih semula.
Norwich City
Pihak tribunal telah mengarahkan Manchester City untuk membayar GBP250,000 kepada Norwich sebagai pampasan mengambil penjaga gol, Angus Gunn.
Queens Park Rangers
Pengurus Queens Park Rangers, Neil Warnock tidak akan membeli penyerang pada bulan Januari kerana dia perlukan pemain pada posisi yang lain.
Stoke City
Pengurus, Tony Pulis mengumumkan bahawa kecederaan kepala Thomas Sorensen yang berlaku ketika Stoke menewaskan Everton adalah tidak serius.
Sunderland
West Brom jangka Martin O'Neill akan membuat impak serta-merta di Sunderland, tetapi sebelum itu dia perlu meningkatkan keyakinan pasukannya.
Swansea City
Laporan mengatakan bahawa Swansea telah membuat tawaran untuk penyerang Cliftonville, Rory Donelly yang telah menjaringkan 14 gol musim ini.
Tottenham
Harry Redknapp mengaku Rafael van der Vaart kecewa tidak memulakan perlawanan bertemu Bolton, tetapi dia berazam untuk melindungi pemain itu.
West Brom
Penjaga gol West Brom, Ben Foster berkata dia tiada rancangan untuk kembali ke dalam skuad England dan gembira dengan keputusan menarik diri.
Wigan Athletic
Roberto Martinez menegaskan bahawa dia percaya Wigan boleh meningkatkan prestasi secara mendadak dalam baki musim ini dan kekal dalam liga.
Wolverhampton
Pemain pertahanan, Stephen Ward percaya Mick McCarthy adalah calon yang paling sesuai untuk menguruskan Wolves dan semua pemain menyokongnya.
No comments:
Post a Comment