Athletic Bilbao
Penyerang Athletic Bilbao, Oscar de Marcos mengumumkan bahawa dia sudah pulih sepenuhnya dan boleh turun dalam perlawanan menentang Albacete.
Atletico Madrid
Pemain Atletico, Alvaro Dominguez berharap Tahun Baru akan membawa perubahan nasib, dalam usaha mereka berada di kedudukan yang sepatutnya.
Barcelona
Johan Cruyff percaya Real Madrid tidak bernasib baik perlu bersaing dengan Barcelona kerana mereka boleh menjadi juara di mana-mana sahaja.
Espanyol
Pengurus Espanyol, Mauricio Pochettino mengaku 2011 tidaklah sebagus yang mereka harapkan, tetapi percaya banyak yang telah dicapai tahun ini.
Getafe
Pemain pertahanan Getafe, Rafa Lopez optimistik mengenai separuh kedua kempen mereka dan berharap mereka tidak perlu bergelut di dasar liga.
Granada
Pengerusi Granada, Quique Pina berkata mereka tidak mahukan penyerang Benfica, Javier Saviola yang pasti tidak teruja untuk sertai kelab itu.
Levante
Albaceta sedang mempertimbangkan tawaran EUR1.5 juta yang dilapor datang daripada West Ham untuk Keylor Navas yang dipinjamkan kepada Levante.
Malaga
Laporan mengatakan bahawa Atalanta akan menyertai persaingan untuk mendapatkan penyerang Malaga, Tomer Hemed yang juga menjadi sasaran Chievo.
Osasuna
Pemain pertahanan Osasuna, Jon Echaide berkata dia kini lebih kuat dari segi psikologi setelah pulih daripada kecederaan lutut yang serius.
Racing Santander
Racing mengumumkan bahawa Juanjo Gonzalez bersama Fede Castano dan Pablo Pinillos akan menguruskan skuad mereka sehingga hujung musim ini.
Rayo Vallecano
Kapten Rayo Vallecano, Jose Maria Movilla berterima kasih kepada semua pihak yang berminat, tetapi dia tidak mahu keluar daripada kelabnya.
Real Betis
Penyerang Real Betis, Ruben Castro menggariskan kepentingan menewaskan Sporting Gijon - iaitu pesaing utama kelabnya di dalam Liga Primera.
Real Madrid
Pengurus Real Madrid, Jose Mourinho dilapor berminat dengan pemain pertahanan, Mehdi Benatia, tetapi Udinese enggan melepaskannya Januari ini.
Real Mallorca
Joaquin Caparros menegaskan bahawa Mallorca tidak boleh kehilangan lebih ramai pemain akibat cedera jika mereka mahu memperbaiki prestasi.
Real Sociedad
Pemain tengah, David Zurutuza beri amaran kepada Real Sociedad mengenai ancaman daripada Mallorca, walaupun keadaan mereka kurang memuaskan.
Real Zaragoza
Luis Milla dan Michel muncul sebagai calon utama untuk menjadi pengurus Zaragoza, berikutan pengumuman bahawa Javier Aguirre telah dipecat.
Sevilla
Sevilla sudah amat hampir untuk melengkapkan perjanjian bernilai EUR4 juta untuk membawa pulang Jose Antonio Reyes daripada Atletico Madrid.
Sporting Gijon
Pengurus Sporting Gijon, Manolo Preciado menegaskan bahawa situasi mereka adalah seperti kelab lain dan ia boleh diatasi dengan kerja keras.
Valencia
Pengurus Valencia, Unai Emery menegaskan bahawa dia tidak mahu menjual para pemainnya, tetapi tahu dia tidak boleh menolak kemungkinan itu.
Villarreal
Pengurus Villarreal, Jose Molina sedang membuat penilaian terhadap pemain dari China, Feng Reilang yang akan berada di situ selama dua minggu.
No comments:
Post a Comment