Sunday, December 18, 2011

EPL

Arsenal
Pengurus Arsenal, Arsene Wenger percaya Gunners kurang bernasib baik ketika menentang Man City dan mengaku Joe Hart telah bertindak cemerlang.

Aston Villa
Alex McLeish mengaku Villa terasa kehilangan gandingan penyerang, Gabriel Agbonlahor dan Darren Bent, berikutan kekalahan kepada Liverpool.

Blackburn
Pengurus Blackburn, Steve Kean mengaku perlawanan menentang Bolton kini menjadi teramat penting, berikutan kekalahan mereka kepada West Brom.

Bolton
Owen Coyle berkata Bolton telah cipta banyak peluang ketika menentang Bolton, tetapi keyakinan yang rendah menjadi penghalang pada skuadnya.

Chelsea
Chelsea dilapor serius mempertimbangkan tawaran untuk pemain pertahanan Lyon, Aly Cissokho yang juga disasarkan oleh Liverpool dan Newcastle.

Everton
Royston Drenthe meremehkan ura-ura yang mencadangkan bahawa dia jarang diberi peluang bermain kerana bertengkar dengan pengurus, David Moyes.

Fulham
Penjaga gol Fulham, David Stockdale mengalukan kemenangan ke atas Bolton sebagai 'jawaban terbaik' terhadap penyingkiran mereka dari Eropah.

Liverpool
Kenny Dalglish memuji persembahan penyerang, Luis Suarez yang mengenepikan isu luar padang untuk membantu Liverpool menewaskan Aston Villa.

Manchester City
Pengurus Manchester City, Roberto Mancini memuji reaksi para pemainnya, setelah mereka mengatasi Arsenal untuk kembali mencatatkan kemenangan.

Manchester United
Sir Alex Ferguson berkata Man Utd terlalu banyak mensia-siakan peluang dan sepatutnya menjaringkan lebih banyak gol ketika menewaskan QPR.

Newcastle United
Liverpool bersedia bersaing dengan Man Utd serta Chelsea bagi mendapatkan khidmat pemain tengah Newcastle, Cheick Tiote pada bulan Januari.

Norwich City
Pertahanan Norwich, Marc Tierney percaya Canaries telah memenuhi segala ekspektasi dan tidak bimbang gawang mereka dibolosi setiap perlawanan.

Queens Park Rangers
Pengurus Queens Park Rangers, Neil Warnock tidak terlalu kecewa mengenai kekalahan kepada Man Utd dan memuji impak keseluruhan Wayne Rooney.

Stoke City
Peter Crouch harap dapat membantu Stoke meneruskan prestasi baik mereka bila bertemu Man City dan menjaringkan golnya yang ke-100 dalam liga.

Sunderland
Pengurus Sunderland, Martin O'Neill gembira dengan usaha pasukannya dalam perlawanannya yang kedua di situ, walaupun tewas kepada Tottenham.

Swansea City
Brendan Rodgers percaya rekod sebanyak 8 perlawanan tanpa bolos - yang terbaik dalam liga- adalah bukti bukan mudah untuk menewaskan Swansea.

Tottenham
Harry Redknapp tidak mahu lepaskan Roman Pavlyuchenko pada bulan Januari, selepas melihat penyerang itu membantu Spurs menewaskan Sunderland.

West Brom
Paul Scharner gesa West Brom supaya melupakan kebimbangan mengenai penyingkiran dan mensasarkan kedudukan yang lebih tinggi dalam carta liga.

Wigan Athletic
Pengurus Wigan, Roberto Martinez percaya sikap tidak putus asa para pemainnya telah menjadi faktor yang membantu mereka seri dengan Chelsea.

Wolverhampton
Pengurus, Mick McCarthy mahu Wolves mengulangi aksi babak pertama menentang Stoke bila mereka menghadapi perlawanan penting menentang Norwich.

No comments:

Post a Comment