Wednesday, December 28, 2011

EPL

Arsenal
Pengurus, Arsene Wenger menafikan laporan yang mengaitkan Arsenal dengan pemain Lyon, Yoann Gourcuff kerana dia tidak perlukan pemain tengah.

Aston Villa
Enda Stevens bakal menyertai Aston Villa, tetapi pengurus, Alex McLeish beri amaran bahawa dia masih perlu membuktikan dirinya layak bermain.

Blackburn
Blackburn Rovers kini dalam keadaan berjaga-jaga setelah Alessandro Del Piero mengumumkan bahawa dia belum mahu bersara pada hujung musim ini.

Bolton
Jussi Jaaskelainen mengaku kehilangan Gary Cahill adalah suatu tamparan besar, tetapi percaya Bolton mampu menanganinya sekiranya ia berlaku.

Chelsea
Barcelona mahu mengambil Oriol Romeu daripada Chelsea bagi mengisi kekosongan yang bakal ditinggalkan oleh Seydou Keita pada hujung musim ini.

Everton
Tim Howard percaya kemasukan pemain baru akan beri nafas baru kepada Everton, dalam usaha mereka menamatkan musim ini di 10 tempat teratas.

Fulham
Fulham akan memulakan persaingan mendapatkan khidmat Billy Sharp dan dilapor akan menawarkan GBP3.5 juta untuk penyerang kelab Doncaster itu.

Liverpool
Kenny Dalglish percaya Liverpool sepatutnya berada di tempat yang lebih baik dalam liga, tetapi sedar mereka perlu buktikannya di atas padang.

Manchester City
Pengurus Tottenham, Harry Redknapp berkata dia tidak akan teragak-agak untuk mendapatkan penyerang Man City, Carlos Tevez jika ada peluang.

Manchester United
Manchester Utd hadapi saingan daripada Barcelona untuk ambil pemain pertahanan PSV, Jetro Willems yang dianggap sebagai 'Gary Neville baru'.

Newcastle United
Pemain Newcastle, Cheick Tiote menegaskan bahawa dia gembira berada di kelab itu walaupun spekulasi mengatakan dia akan dijual bulan depan.

Norwich City
Pemain pertahanan, Zak Whitbread, Zak Whitbread gembira dengan jadual padat di Norwich, menjelang perlawanan keenam mereka pada musim ini.

Queens Park Rangers
Pengurus QPR, Neil Warnock percaya kelab itu boleh berasa teruja mengenai baki musim ini, jika boleh membawa masuk sehingga 4 pemain baru.

Stoke City
Tony Pulis beri amaran kepada Stoke City supaya jangan terlalu yakin, terutamanya berikutan pencapaian besar mereka sepanjang 12 bulan lalu.

Sunderland
Martin O'Neill sokong pendapat pengurus sebelum ini, Steve Bruce dan mengaku isu penyerang telah menjejaskan prestasi Sunderland tahun ini.

Swansea City
Pemain tengah Swansea, Kemy Agustien puas hati dapat membantu pasukannya dengan bermain di posisi pertahanan ketika menentang QPR Selasa lalu.

Tottenham
Pengurus Tottenham, Harry Redknapp mahu mendapatkan khidmat penyerang Marseille, Loic Remy yang mungkin menelan belanja sebanyak GBP24 juta.

West Brom
Pemain tengah West Brom, Zoltan Gera mengaku sokongan daripada kelab itu telah membantu dia menerima hakikat mengenai kecederaan lututnya.

Wigan Athletic
Real Betis mungkin perlu melupakan hasrat mendapatkan pemain Wigan, Mohamed Diame kerana yurang EUR4 juta adalah terlalu mahal bagi mereka.

Wolverhampton
Pemain sayap, Stephen Hunt gesa pemain Wolves bertindak berani dalam usaha mereka untuk mengelakkan pergelutan di dasar liga dalam tahun 2012.

No comments:

Post a Comment