Athletic Bilbao
Pemain Bilbao, Ander Iturraspe mengaku kemenangan ke atas Zaragoz adalah penting bagi pasukannya berikutan rekod kurang elok kebelakangan ini.
Atletico Madrid
Atletico dilapor telah ambil keputusan untuk memecat Gregorio Manzano, tetapi ia hanya akan dilakukan selepas perlawanan menentang Albacete.
Barcelona
Juan Roman Riquelme berkata bintang Barcelona, Lionel Messi mula menggantikan tempat Diego Maradona sebagai ikon utama bolasepak Argentina.
Espanyol
Pengurus Espanyol, Mauricio Pochettino enggan mendedahkan rancangannya untuk menentang Celta, tetapi berjanji akan menurunkan skuad yang kuat.
Getafe
Albert Lopo mengaku Getafe akan mengecapi kegembiraan berganda jika boleh mengikuti kemenangan hujung minggu lalu dengan penyingkiran Malaga.
Granada
Pemain tengah Granada, Abel Gomez percaya tiada sebab pasukannya tidak boleh mengatasi deficit 3 gol dalam pertemuan kedua menentang Sociedad.
Levante
Pengurus Levante, Juan Ignacio mengumumkan bahawa dia amat bangga dengan para pemainnya kerana berjaya mengumpulkan 29 mata pada ketika ini.
Malaga
Direktor Malaga, Fernando Hierro berkata pasukannya berada di mana mereka sepatutnya berada dan mengingatkan bahawa projek mereka masih baru.
Osasuna
Jose Luis Mendilibar puas hati setelah Osasuna berjaya menduduki tempat kelima, tetapi dia tidak mahu penyokong mereka berasa terlalu teruja.
Racing Santander
Fernando Burgues dan Fernando Ortiz telah meletakkan jawatan sebagai direktor Racing berikutan cemuhan dan ugutan terhadap keluarga mereka.
Rayo Vallecano
Penyerang Rayo, Piti umumkan bahawa pasukannya berasa yakin mereka boleh mengatasi deficit satu gol dan mara dalam pertandingan Copa del Rey.
Real Betis
Pengurus Betis, Pepe Mel berkata kemenangan ke atas Atletico telah dicapai oleh kerja keras, walaupun ia bukanlah persembahan terbaik mereka.
Real Madrid
Pemain Real Madrid, Sergio Ramos akan terlepas perlawanan Copa menentang Ponferradina setelah mengalami kecederaan otot hujung minggu lalu.
Real Mallorca
Pengurus Mallorca, Joaquin Caparros berkata pemainnya tenang dan tahu apa yang perlu dilakukan bagi mengubah keputusan menentang Sporting.
Real Sociedad
Pengurus Sociedad, Philippe Montanier puas hati dengan semangat besar yang ditunjukkan oleh pemainnya bila terpaksa beraksi dengan 10 pemain.
Real Zaragoza
Penjaga gol, Roberto Jimenez tidak dapat menerangkan punca situasi Zaragoza ketika ini, tetapi gesa pasukannya berusaha untuk mengubahnya.
Sevilla
Presiden Sevilla, Jose Maria del Nido dijatuhkan hukuman penjaga 7 tahun setelah didapati bersalah atas tuduhan menipu, korupsi dan songlap.
Sporting Gijon
Penjaga gol Sporting Gijon, Juan Pablo berkata skuadnya tidak mahu seri dengan Espanyol, tetapi keinginan itu telah menyebabkan mereka tewas.
Valencia
Pengurus Valencia, Unai Emery mengaku kemenangan ke atas Malaga amat penting dan puas hati melihat Roberto Soldado sudah mencapai matlamatnya.
Villarreal
Setelah gagal mendapatkan Nilmar pada musim panas, agen penyerang Villarreal itu berkata Roma sudah hampir berjaya mengikat kontrak dengannya.
No comments:
Post a Comment