Athletic Bilbao
Athletic Bilbao sedang berusaha melanjutkan kontrak Fernando Llorente dan meningkatkan jumlah yuran perpindahannya dengan jauh lebih tinggi.
Atletico Madrid
Pihak Rayo Vallecano serta Getafe dilaporkan berminat untuk meminjam khidmat pemain Atletico Madrid, Koke sehingga hujung musim ini nanti.
Barcelona
Setelah melakukan siasatan, Barcelona merumuskan bahawa mereka hanya tidak bernasib baik mengenai kecederaan otot yang melanda skuad mereka.
Espanyol
Penyerang Espanyol, Alvaro Vazquez menggariskan sumbangan para pemain muda mereka kerana bukan mudah mereka menyesuaikan diri dalam La Liga.
Getafe
Penjaga gol Getafe, Oscar Ustari yang sudah hampir pulih, mungkin dipinjamkan kepada kelab lain supaya dia boleh tingkatkan kecergasannya.
Granada
Pemain Granada, Jaime Romero kesal terkeluar daripada Copa del Rey kerana pertandingan itu beri peluang kepada pemain pinggiran untuk beraksi.
Levante
Presiden, Francisco Catalan berkata Levante akan melayan Alcorcon dengan penuh rasa hormat di dalam Copa, walaupun mereka dari divisi bawah.
Malaga
Penyerang Malaga, Salomon Rondon berkata pasukannya belum puas hati dengan pencapaian mereka musim ini dan mahu memenuhi ekspektasi yang ada.
Osasuna
Presiden, Patxi Izco mengaku adalah suatu keajaiban Osasuna kini menduduki tempat kelima kerana banyak pasukan lain yang jauh lebih bagus.
Racing Santander
Pengurus Racing, Juanjo Gonzalez menegaskan bahawa tidak mudah untuk menewaskan Mirandes yang hanya sekali tewas dalam 18 perlawanan lalu.
Rayo Vallecano
Rayo Vallecano dilapor telah hubungi Sevilla mengenai minat terhadap Armenteros, tetapi perlu bersiang dengan Osasuna untuk mendapatkannya.
Real Betis
Pengurus Real Betis, Pepe Mel berkata sama ada dia telah melakukan kesilapan membeli pemain hanya akan dapat dipastikan pada hujung musim ini.
Real Madrid
Pemain Real Madrid, Kaka dilapor telah menjadi sasaran PSG yang baharu sahaja berjaya mendapatkan David Beckham dan pengurus, Carlo Ancelotti.
Real Mallorca
Jadual bulan Januari Mallorca adalah rumit kerana 3 perlawanan liga adalah di tempat lawan, sementara Real Madrid akan datang ke Iberostar.
Real Sociedad
Pemain Sociedad, Inigo Martinez sekali lagi dikaitkan dengan perpindahan pada bulan Januari, setelah dia menarik perhatian Sir Alex Ferguson.
Real Zaragoza
Real Zaragoza dilapor mahu mendapatkan penyerang Besiktas, Hugo Almeida sebagai penyelesaian terhadap masalah mereka pada bulan Januari ini.
Sevilla
Giovani dos Santos akan bertemu dengan Tottenham pada hari Selasa ini untuk berbincang mengenai kemungkinan dia menyertai pasukan Sevilla.
Sporting Gijon
Pengurus, Manolo Preciado berkata Gijon masih berbincang mengenai pemain sasaran, tetapi menegaskan yang dia gembira dengan skuad yang ada.
Valencia
Pemain pertahanan, Hedwiges Maduro mengalukan saingan daripada Gregory van der Wiel dan percaya pemain Ajax itu amat sesuai untuk Valencia.
Villarreal
Jose Francisco Molina mengaku Villarreal berada dalam situasi yang rumit, tetapi menegaskan bahawa skuadnya telah membuktikan kualiti mereka.
No comments:
Post a Comment