Monday, December 26, 2011

EPL

Arsenal
Arsenal dilapor mahu mendapatkan khidmat pemain tengah Getafe, Abdelaziz Barrada yang cemerlang dalam empat bulan pertamanya di kelab itu.

Aston Villa
Aston Villa gagal jaringkan gol buat kali ketiga dari lima perlawanan untuk seri di tempat lawan buat kali keenam setelah bertemu Stoke City.

Blackburn
Pengurus Blackburn, Steve Kean gembira pasukannya yang muda berjaya mencari kekuatan dan mencuri mata daripada pertemuan dengan Liverpool.

Bolton
Pengurus Bolton, Owen Coyle membidas skuadnya yang kurang bersemangat ketika menentang Newcastle untuk tewas buat kali ke-8 dari 9 perlawanan.

Chelsea
Pengurus, Andre Villas-Boas mengaku kalah dalam persaingan merebut gelaran juara Liga Premier selepas Chelsea hanya mampu seri dengan Fulham.

Everton
Pengurus Everton, David Moyes mengaku bahawa pengadil, Howard Webb tersilap memberi penalti kepada pasukannya ketika seri dengan Sunderland.

Fulham
Pengurus Fulham, Martin Jol mengaku mengambil risiko dalam pemilihan pasukannya untuk menentang Chelsea setelah Zamora dan Johnson cedera.

Liverpool
Kenny Dalglish alukan kepulangan Steven Gerrard ke dalam skuad Liverpool tetapi kesal dengan mata yang tercicir selepas seri dengan Blackburn.

Manchester City
Pengurus Manchester City, Roberto Mancini berkata jadual yang padat bakal menguji pasukannya, berikutan keputusan seri menentang West Brom.

Manchester United
Sir Alex Ferguson jangka Jonny Evans tidak dapat beraksi selama dua minggu setelah dia mengalami kecederaan ketika Man Utd menewaskan Wigan.

Newcastle United
Pengurus Newcastle, Alan Pardew berpendapat bahawa kepulangan Mike Williamson ke dalam skuadnya adalah kunci kepada kemenangan ke atas Bolton.

Norwich City
Pemain Norwich, Russell Martin mengaku tidak bimbang mengenai tugasnya mengekang pemain sayap Tottenham, Gareth Bale di Carrow Road nanti.

Queens Park Rangers
Pengurus QPR, Neil Warnock mengaku dia sangka dia telah berjaya mendapatkan Danny Graham pada musim panas lalu, sebelum dia menyertai Swansea.

Stoke City
Stoke City gagal jaringkan gol buat kali kedua berturut-turut untuk seri di tempat sendiri buat kali ketiga setelah menentang Aston Villa.

Sunderland
Pengurus Sunderland, Martin O'Neill mengaku berasa kecewa dengan penalti yang diberikan kepada Everton dalam keputusan seri di tempat sendiri.

Swansea City
Pemain tengah Swansea, Joe Allen mahu membalas dendam terhadap Queens Park Rangers yang telah membelasah pasukannya dalam kempen musim lalu.

Tottenham
Emmanuel Adebayor berkata Tottenham boleh melupakan sasaran empat tempat teratas jika mereka gagal catat rekod baik dalam musim perayaan ini.

West Brom
Pengurus West Brom, Roy Hodgson bangga dengan skuadnya yang menunjukkan persembahan berdisiplin dan bekerja keras ketika seri dengan Man City.

Wigan Athletic
Pengurus Wigan Athletic, Roberto Martinez dakwa bahawa kad merah Connor Sammon ketika tewas kepada Man Utd adalah keputusan yang mengejutkan.

Wolverhampton
Pertahanan Wolves, Ronald Zubar menegaskan bahawa segala tekanan berada di bahu Arsenal dan yakin skuadnya boleh dapatkan keputusan positif.

No comments:

Post a Comment