Arsenal
Pengurus, Arsene Wenger tidak akan memilih skuad yang terkuat untuk menentang Olympiakos tetapi yakin mereka boleh tewaskan kelab Greece itu.
Aston Villa
Aston Villa akan berkunjung ke Stadium Memorial untuk menentang kelab Liga Dua, Bristol Rovers dalam peringkat ketiga Piala FA Januari ini.
Blackburn
Blackburn Rovers akan berkunjung ke St James' Park untuk menentang pasukan Newcastle United di dalam peringkat ketiga Piala FA Januari ini.
Bolton
Pemain Bolton, Zat Knight berpendapat pengadil, Stuart Attwell akan berasa malu bila melihat video bentesan Gary Cahill yang dihukum olehnya.
Chelsea
Nicolas Anelka menerima keputusan Chelsea untuk melepaskannya - dan Liverpool dilapor mendahului persaingan membelinya dengan harga GBP4 juta.
Everton
Pengurus Everton, David Moyes mengaku kecewa dengan kegagalan pasukannya untuk menukarkan kawalan bola kepada gol ketika tewas kepada Stoke.
Fulham
Kelab Liga Satu, Charlton akan berkunjung ke Craven Cottage untuk menentang Fulham dalam peringkat ketiga Piala FA pada bulan Januari ini.
Liverpool
Liverpool dilapor bersaing dengan Napoli dan Inter untuk mendapatkan penyerang Universidad de Chile, Eduado Vargas yang bernilai EUR16 juta.
Manchester City
AC Milan dilapor merancang untuk menawarkan penyerang Brazil, Alexander Pato kepada Manchester City sebagai pertukaran untuk Carlos Tevez.
Manchester United
Manchester United kini dalam berjaga-jaga setelah agen Stephan El Shaarawy mengaku pemain itu mungkin keluar kerana tiada peluang di Milan.
Newcastle United
Newcastle mengesahkan bahawa Steven Taylor akan menjalani pembedahan kaki pada hari Isnin dan mungkin tidak lagi dapat bermain pada musim ini.
Norwich City
Kelab Championship, Burnley akan berkunjung ke Carrow Road untuk menentang Norwich dalam peringkat ketiga Piala FA pada bulan Januari ini.
Queens Park Rangers
Queens Park Rangers akan berkunjung ke Stadium MK untuk menentang kelab Liga Satu, MK Dons dalam peringkat ketiga Piala FA pada bulan Januari.
Stoke City
Pengurus Stoke, Tony Pulis mengaku kemenangan ke atas Everton adalah penyeri kepada kemaraan pasukannya ke peringkat kalah-mati Liga Europa.
Sunderland
Eric Black mengaku penalti yang diselamatkan menyebabkan Sunderland tewas kepada Wolves, tetapi percaya O'Neill akan ubah nasib Black Cats.
Swansea City
Swansea City akan berkunjung ke Oakswell untuk menentang kelab Championship, Barnsley dalam peringkat ketiga Piala FA pada bulan Januari ini.
Tottenham
Scott Parker berpendapat bahawa Tottenham akan bersaing merebut gelaran juara liga musim ini jika boleh mengekalkan prestasi mereka sekarang.
West Brom
Sunderland dilapor mahu mendapatkan penyerang West Brom, Peter Odemwingie yang mempunyai hubungan yang dingin dengan pengurus, Roy Hodgson.
Wigan Athletic
Wigan Atheltic akan ke County Ground untuk menentang kelab Liga Dua, Swindon Town dalam peringkat ketiga Piala FA pada bulan Januari nanti.
Wolverhampton
Pengurus Wolves, Mick McCarthy beri pujian istimewa kepada penjaga gol, Wayne Henessey kerana peranannya dalam kemenangan ke atas Sunderland.
No comments:
Post a Comment