Athletic Bilbao
Pengurus, Marcelo Bielsa tidak puas hati dengan persembahan Bilbao ketika menentang Mallorca kerana pasukannya tiada peluang untuk menang.
Atletico Madrid
Galatasaray mengesahkan minat terhadap pemain Atletico, Jose Antonio Reyes dan akan membuka rundingan sebaik sahaja pengurus mereka bersetuju.
Barcelona
Lionel Messi mengaku Barcelona perlu menang bila mereka turun menentang Real Madrid kerana ia akan menentukan rentak sepanjang baki musim ini.
Espanyol
Pemain Espanyol, Romaric akan kembali ke dalam skuad hari Selasa setelah dipaksa berlatih bersendirian sebagai hukuman melanggar peraturan.
Getafe
Federico Fazio jaringkan golnya yang pertama dalam La Liga untuk Getafe tewas di tempat lawan buat kali yang keenam setelah menentang Sevilla.
Granada
Berita buruk untuk pengurus Granada, Fabriciano Gonzalez kerana pemain tengah, Carlos Martins cedera dan tidak dapat beraksi selama 15 hari.
Levante
Berita buruk untuk pengurus Levante, Juan Ignacio kerana pemain pertahanan, Asier del Horno tidak dapat beraksi selama enam ke lapan minggu.
Malaga
Pengurus Malaga, Manuel Pellegrini yakin mereka tidak sepatutnya tewas kepada Sociedad dan pengadil telah mempengaruhi keputusan perlawanan.
Osasuna
Pengurus Osasuna, Jose Luis Mendilibar mengaku pasukannya bernasib baik menang di saat terakhir ke atas Betis yang bermain dengan lebih baik.
Racing Santander
Penyerang Racing, Lautaro Acosta mengaku dia belum cergas ketika menentang Villarreal dan paha dan belakangnya sakit selepas perlawanan itu.
Rayo Vallecano
Pengurus Rayo Vallecano, Jose Ramon Sandoval mengaku Atletico lebih bagus dari segala aspek, tetapi pemainnya telah berusaha bermati-matian.
Real Betis
Presiden Betis, Miguel Guillen gariskan projek jangka masa panjang mereka dan Pepe Mel akan kekal sebagai pengurus sehingga musim ini tamat.
Real Madrid
Bintang Real Madrid Cristiano Ronaldo gembira kembali ke dalam senarai 3 terakhir untuk Balon de Or FIFA, setelah tersingkir pada musim lalu.
Real Mallorca
Joaquin Caparros puas hati dengan persembahan Mallorca ketika bertemu Bilbao, tetapi sedar mereka tidak boleh pergi jauh tanpa kemenangan.
Real Sociedad
Pengurus Sociedad, Montanier umum dia gugurkan Macdonald Mariga Ahad lalu kerana pertemuan itu perlukan pakar bola mati seperti Ruben Pardo.
Real Zaragoza
Pengurus Real Zaragoza, Javier Aguirre mengaku kekalahan kepada Granada amat mengecewakan dan bimbang mengenai kesan mental terhada pemainnya.
Sevilla
Federico Fazio jaringkan golnya yang pertama dalam La Liga untuk Sevilla menang di tempat sendiri buat kali kelima setelah menentang Getafe.
Sporting Gijon
Sporting Gijon berazam tidak mahu berada dalam zon bahaya bila tahun ini berakhir menjelang perlawanan mereka menentang Rayo dan Espanyol.
Valencia
Diego Alves mengaku perlawanan menentang Chelsea adalah yang paling penting setakat ini dan percaya Valencia boleh tewaskan skuad pilihan itu.
Villarreal
Gonzalo Rodriguez mengaku penyokong berhak berasa marah selepas tewas kepada Racing, tetapi meminta mereka terus mempercayai skuad Villarreal.
No comments:
Post a Comment