AC Milan
Newcastle Utd dilapor telah mengalihkan perhatian mereka kepada pemain pertahanan AC Milan, Taye Taiwo yang mungkin cuba meminjam khidmatnya.
AS Roma
Walter Sabatini menegaskan bahawa Francesco Totti tidak akan keluar daripada AS Roma dan akan menjadi direktor kelab itu selepas dia bersara.
Atalanta
Torino dilapor berharap dapat meminjam khidmat pemain tengah Atalanta, Leonardo Pettinari pada bulan Januari untuk pengurus, Giampiero Ventura.
Bologna
Bologna dilapor telah menunjukkan minat terhadap penyerang Sampdoria, Massimo Maccarone yang sudah hampir keluar daripada kelab Serie B itu.
Cagliari
Cagliari dilapor sedang mempertimbangkan keputusan untuk meminjam khidmat pemain tengah Sampdoria, Daniel Dessena pada bulan Januari nanti.
Catania
Direktor Catania, Pietro Lo Monaco yakin dengan pengurus, Vincenzo Montella dan mengaku dia teringin menyertai Liga Europa pada tahun hadapan.
Cesena
Pemain tengah Cesena, Antonio Candreva dilapor telah menarik minat kelab dari Jerman, Bayer Leverkusen serta kelab dari Rusia, Rubin Kazan.
Chievo
Penyerang, Alberto Paloschi gesa skuad Chievo untuk bangun semula dengan menewaskan Cagliari, supaya mereka boleh menikmati cuti musim sejuk.
Fiorentina
Wakil Marco Marchionni nafi laporan yang mengaitkan pemain Fiorentina itu dengan Genoa tetapi dia akan pertimbangkan pilihannya bulan depan.
Genoa
Genoa dilapor mahu mendapatkan khidmat bintang Werder Bremen, Claudio Pizarro pada bulan depan untuk menyelesaikan masalah serangan mereka.
Inter Milan
Inter dilapor sedang berfikir sama ada mahu buka rundingan dengan pemain remaja Man Utd, Paul Pogba yang tamat kontrak pada hujung musim ini.
Juventus
Agen Martin Caceres membakar spekulasi mengenai pemain Sevilla itu setelah mengaku berbesar hati Juventus sekali lagi berminat mendapatkannya.
Lazio
Pengurus, Edy Reja mengaku Lazio terkial-kial untuk mara ke peringkat 32 Liga Europa, tetapi menegaskan bahawa mereka memang layak untuk mara.
Lecce
Pertahanan Lecce, Moris Carrozzieri percaya yang skuadnya setanding dengan kelab lain dan yakin mereka boleh menang bila berkunjung ke Parma.
Napoli
Pengurus QPR, Neil Warnock mungkin kehilangan 2 orang pemain tengah, Adel Taarabt dan Alejandro Faurlin kepada Napoli pada bulan Januari ini.
Novara
Penyerang Genoa, Andrea Caracciolo dilapor bersetuju untuk berpindah ke Novara, tetapi Grifone mahu mengambil penggantinya terlebih dahulu.
Palermo
Direktor sukan Paris St-Germain, Leonardo nafikan bahawa kelab itu telah membuat tawaran untuk pemain pertahanan Palermo, Federico Balzaretti.
Parma
Raffaele Palladino meminta maaf kepada pengurus Parma, Colomba kerana reaksinya ketika dipanggil keluar dan mengaku ia adalah suatu kesilapan.
Siena
Direktor sukan Siena, Giorgio Perinetti berkeyakinan bahawa pasukan yang dibinanya pada musim panas lalu berkemampuan kekal dalam Serie A.
Udinese
Udinese mara ke peringkat kalah mati setelah Antonio Di Natale jaringkan golnya yang kedua dalam Liga Europa untuk menyingkirkan kelab Celtic.
No comments:
Post a Comment