AC Milan
Agen Maxi Lopez percaya masih ada peluang yang baik untuk penyerang Catania itu menyertai AC Milan, walaupun dinafikan oleh Adriano Galliani.
AS Roma
Napoli dilapor berminat untuk mendapatkan khidmat pemain tengah kelab Roma, Fabio Simplicio yang terdesak untuk bermain dengan lebih kerap.
Atalanta
Atalanta dijangka akan benarkan Caserta, Ardemagni dan Pettinari untuk keluar bulan depan, sementara kelab itu mencari pertahanan tengah baru.
Bologna
Fiorentina telah mengenalpasti urusniaga untuk pemain tengah, Gabi Mudingayi adalah objektif utama mereka dalam pasaran bulan Januari nanti.
Cagliari
Penyerang Ascoli, Vito Falconieri mungkin diberi satu lagi peluang di dalam Serie A setelah Cagliari dilapor sedang berusaha mendapatkannya.
Catania
Agen Maxi Lopez percaya masih ada peluang yang baik untuk penyerang Catania itu menyertai AC Milan, walaupun dinafikan oleh Adriano Galliani.
Cesena
Pengurus Cesena, Daniele Arrigoni mahu membawa masuk sekurang-kurangnya 3 orang pemain penting bagi membantu mereka mengelakkan penyingkiran.
Chievo
Chievo dilapor mungkin benarkan sama ada Uribe atau Paloschi untuk keluar daripada kelab itu sebelum mereka membawa masuk Andrea Caracciolo.
Fiorentina
Fiorentina telah mengenalpasti urusniaga untuk pemain tengah, Gabi Mudingayi adalah objektif utama mereka dalam pasaran bulan Januari nanti.
Genoa
Direktor Genoa, Stefano Capozucca enggan mengesahkan sama ada pemain Lazio, Juraj Kucka akan tiba, tetapi dia tidak menolak kemungkinan itu.
Inter Milan
Liverpool dilapor mahu dapatkan khidmat pemain pertahanan Inter milan, Christian Chivu kerana kelab itu perlu mencari pengganti Jose Enrique.
Juventus
Juventus dilapor hampir berjaya mendapatkan pemain Sevilla, Martin Caceres dalam urusniaga yang bakal menelan belanja sebanyak EUR10 juta.
Lazio
Direktor Genoa, Stefano Capozucca enggan mengesahkan sama ada pemain Lazio, Juraj Kucka akan tiba, tetapi dia tidak menolak kemungkinan itu.
Lecce
Laporan mengatakan bahawa Lecce telah mengalihkan perhatian mereka kepada penjaga gol, Gianluca Curci yang kini hanyalah pilihan ke-3 di Roma.
Napoli
Napoli dilapor berminat untuk mendapatkan khidmat pemain tengah kelab Roma, Fabio Simplicio yang terdesak untuk bermain dengan lebih kerap.
Novara
Novara dilapor telah meningkatkan usaha mereka untuk mendapatkan pemain pertahanan Fiorentina, Felipe yang akan tamat kontrak pada tahun 2014.
Palermo
Pemain baru Palermo, Franco Vazquez yang bakal tiba beberapa hari lagi, mengaku gembira mengenai pengalaman baru serta mencabar di Eropah.
Parma
Presiden Parma, Tommaso Ghirardi menolak kemungkinan membeli penyerang kerana prestasi Floccari, Giovinco dan Biabiany telah kembali pulih.
Siena
Pemain tengah Siena, Gael Genevier yang ketika ini dipinjamkan kepada kelab Livorno, mungkin berpindah menyertai Benevento pada bulan hadapan.
Udinese
Direktor sukan Radnicki 1923, Zarco Pavlovic mendedahkan bahawa Udinese adalah antara beberapa kelab yang mahukan penyerang, Filip Kostic.
No comments:
Post a Comment